Assalamualaikum!
Memang best meniaga ni! Percayalah, tak kisah la ko meniaga apapun memang seronok! Pengalaman aku meniaga carboot sale ni pun dah cukup menghiburkan. Mana taknya .. macam-macam orang ko boleh jumpa kat sana dan melalui perniagaan inilah ia mengajar aku erti sabar dan menghargai setiap kelebihan dan memperbaiki kekurangan diri ...
Ada orang tanya, eh ko tak malu ke Nim meniaga macam tu di khalayak ramai? Eh kenapa mesti aku nak malu ... aku mencurikah?aku kacau orangkah? Tak kan ...
Kadang-kadang pernah terfikir tak, kita dok berdoa siang malam minta Allah murahkan rezeki, bukan rezeki tu boleh jatuh terjelepuk atas kepala kita dari langit! Tapi, Allah beri rezeki tu dalam macam-macam cara cuma kita je kena gerakkan ... usahakan ia supaya menjadi hasil.
Dan bila meniaga macam ni, aku takmo stres sebab niat kita nak pelanggan happy dan kita juga happy. Walaupun kadang-kadang ada benda yang boleh buat aku geram tapi bila cerita balik kat Pak Jelan, benda tu jadi kelakar dan kami tergelak! hehe ...
Minggu lepas time cuti Thaipusam, aku ceritakan pasal carboot sale ni pada mak dan abah dan alhamdulillah mereka sangat menyokong kami meniaga. Siap tolong asingkan baju-baju lama yang masih elok untuk kami jual.
Terharu aku .... T_T
Bila mak dan abah bagi support macam tu, lagilah kami bersemangat nak teruskan meniaga carboot ni hehe. Dan, dalam diam-diam Pak Jelan pasang niat nak buka sebuah kedai baju bundle bila dah bersara dari perkhidmatan nanti. Korang yang baca ni, mohon doakan agar impian kami nak buka kedai baju bundle sendiri tercapai ye. Tapi kalau tiada rezeki kami ke arah tu ... aku dah cukup bersyukur dapat meniaga carboot macam ni ...
:)
Sesuatu yang baik x perlu ada perasaan malu...malu kalu memang x maju la kan...
ReplyDeletesis. buat kat mana ni.. mmg seronok dapat jumpa ramai org hihi..
ReplyDelete