Assalamualaikum!
Kalau kena time gaji, memang sedap makan tengahari kat AmCorp! Port makan kitaorang tak lain tak bukan ... Kafe Sri Suria! Tambah hari Jumaat, time rehat kan 2 jam setengah, memang sedap layan tekak makan tengahari kat sana haha. Terbayang-bayang je mee kari dia .... perghhhh!
Sedap ke mee kari kat situ? Sedap la bebbbb ... tak percaya try la makan sekali kat situ! Aku dah pernah review sekali kat SINI dan sejak tu aku 'jatuh cinta' terus! Tak pernah aku cakap tak best .... setiap kali pergi mesti balik perut kenyang punye lah hehehe!
Tapi, minggu lepas aku tukar selera pekena makanan lain pulak. Asyik mee kari je ... kita test la menu lain sedap ke idok kan hehe. Sebelum ni aku dah pernah try kuey tiow goreng dia dan memang sedaaappp! Kali ni, aku nak try mee tomyam pulak!
So, aku try order mee tomyam dan ice tea untuk makan tengahari. First impression ... kuah pekat mesti pedas ni kan! Ofkos la ... kalau tak pedas bukanla tomyam namanya kannnnn!
Dan ternyata ... memanggggggla sedaaaaaaapppp sangattttttt niiiiiiiii! Haaa panjang panjang bunyi idgham aku ha hahaha .... serius memang sedapppppp terasa kelazatan kuah tomyam dia ...perghhh terbayang-bayang dah aku niiiiiii ..... rasa nak 'terbang' ke sana la ni jugak! hahaha ....
Kalau setiap minggu dapat makan mee tomyam macam ni, tak diet pun aku sanggup! Jangan ditegur jangan dicuit, memang aku tak pandang dah kiri kanan haha...
Harga dia sama je dengan harga mee kari ... berpatutan la untuk semangkuk mee yang bersaiz sederhana besar. Nak mintak kuah lebih pun ok takda hal ...
Dari segi servis pun boleh tahan ok jugak kafe ni. Paling lambat pun dia suh tunggu 20 minit, mungkin sebab mee dah habis atau kena tunggu pinggan yang tak cukup.
Cuma satu je la yang aku tak berapa berkenan tu, ada sorang pelayan dia yang amik order tu .... muka kemainnnnnnnn masham! Kiut tu kiut dah ... tapi amik order pandang kita buat muka ketat aje! Cer senyum sikit dik ... yang kena bayarnya akak bukannya awak k!
:)
fuyoo sedapnyaa :))
ReplyDeletePerghhh tomyam2 ni memang buat perut ena terus jadi lapar.. Favouriteee!
ReplyDeletemenyesal singgah blog ni..tiba-tiba terliur pulak..aduii... nak cari mana mee tomyam kat putrajaya ni..
ReplyDeletetomyam....
ReplyDeletesedap.
jarang-jarang aida tgk mee tomyam.
biasa nyer mihun tomyam :)