Sanah Helwah
Wednesday, March 30, 2016
Kenapa Tak Minta?
Assalamualaikum!
Sebelum 23 Mac lagi ibu dah tunggu kot-kot kalau anak-anak ibu nak request kek untuk birthday. Tapi takda respon pun? Takkan kakak dan adik dah takda mood nak berkek-kek ni? hehe ... yang diaorang dok tunggu hanya goodies bag untuk diberikan pada kawan-kawan.
Habis kek macam mana?
Akhirnya ibu la yang tanya soalan dulu pasal kek tu ..."nak kek tak?"
"Nakkkkkk ..." Ibu dah tanya baru nak bagi jawapan. Tak seperti tahun-tahun sebelum ni, dah siap request nak kek apa hehe ...
Ibu tak lupa, hatta anak-anak tak minta pun. Tapi ibu pulak yang risau kenapa anak-anak tak minta. Janganlah cepat membesar sangat ye anak-anakku huhu ...
Happy birthday sayang-sayang ibu ....