Breaking

Friday, March 04, 2016

Cara Update Maklumat Diri & Cashout Churp Churp


Assalamualaikum!


Akhirnyaaaaa ... hahahaha! Lama dok mikir tutorial ape lagi aku boleh share kat blog ni. Bukan la pakar sangat pun, tapi berdasarkan pengalaman je la pun ha. Manala tau ada hamba Allah yang perlukan pertolongan nak godek pasal benda ni ... meh aku tolong mana yang boleh :)

Jujur aku cakap, ini pertama kali aku cash out ChurpChurp hahaha! Itu pun kebetulan aku ada join satu job beberapa bulan yang lepas, so duit job masuk dalam akaun ChurpChurp. Walaupun tak banyak ... tapi bolehlah jugak cash out akhirnya kan hahaha. Kalau tak, jadi 'tukun' je macam tu bertahun-tahun :p.



So, cerita dia cenggini .. time aku nak klik CashOut tu aku check dulu butiran peribadi kot-kot ada tersilap isi maklumat ke kan. Rupanya betul .... aku memang ada silap! Mailing address aku pergi letak email address pulak ....*ketukepalasendiri* hahaha! Dah macam mana diaorang nak hantar cek tu nanti? takkan nak hantar kat email pulak kan .... jengggggg! hahaha :p

Nak tukar details bukan senang. Bukan macam Nuffnang tu, kita boleh tukar sendiri. ChurpChurp ni kita kena inform personel diaorang dulu melalui 'Submit Ticket' baru diaorang akan tukarkan untuk kita. Takleh nak tukar sesuka hati sendiri ye...

So jom kita start!

1. First, korang Log In macam biasa. Kalau dah boleh cash out, klik kat CASHOUT atas sebelah kanan tu. Paparan akan keluar seperti di bawah 




Ok, ada 4 bahagian kat situ : General, Preferences, Earnings & Cashout History . Korang klik kat General untuk semak maklumat peribadi. Pastikan nama korang mengikut nama dalam kad pengenalan. Dan pastikan alamat penghantaran cek adalah terkini.

Aku punya kes sebab 'bijak' sangat pi letak email address sebagai alamat penghantaran hahaha ... so kena update la alamat terbaru.

2. Sekiranya korang ada nak update apa-apa di situ, barulah kita boleh pergi ke step 2,  iaitu Submit Ticket




Tekan kat SUBMIT TICKET . Dan paparan seperti di bawah akan kelihatan




3. Apa mau isi kat dalam? Haaa di bawah ni ada contoh yang aku punya. Takmo tulis dalam BI, BM pun boleh hehe 




Butiran penting yang korang kena sertakan adalah seperti :

Nama :
IC No. :
Mailing address : (kalau nak tukar la)
Email address : (kalau nak tukar la)

Pastu setkan Priority pada High (rujuk gambar di atas). Isikan Captcha juga


4. Dah siap isi, korang klik 'SUBMIT TICKET'. Nanti korang akan dapat email notification tentang 'New Ticket Created'. Mereka akan balas email dalam masa 48 jam, dan sebarang perubahan akan diberitahu melalui email

Sebab tu email address kena betul!

5. Jika sudah diubah, mereka akan hantar email sekali lagi ... seperti di bawah ni



Yeaaaa .... dah update maklumat peribadi. So, jom kita semak balik kat ChurpChurp





Jadilah ia seperti di atas. Alamat betul, nama pun betul hehehe. So bila dah siap update maklumat, barulah kita boleh keluarkan duit kita!

6. Korang klik CASHOUT balik dan akan keluar seperti di bawah ni




Semak nama dulu ye ... pastikan nama pembayar dan alamat betul. Kemudian baru boleh klik OK untuk proceed cashout


Tadaaaaa ... dah siap!


Nanti diaorang akan email 'Cashout Payment Notice'. Peraturannya sama gak macam Nuffnang, kalau nak cek cepat sampai sila cashout pada tarikh terakhir hujung bulan (30hb atau 31hb). Aku punya sebab lambat bagi ticket, so lambatlah cashoutnya hehe ...

Takpe ... sebulan lebih sampai la cek tu kot insyaAllah

Semoga berjaya!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.