Assalamualaikum!
Aku tak risau kalau aku lapar atau kepanasan...tapi aku risau kalau mata mengantuk! Bila mengantuk mula la satu keje pun tak boleh buat! Mata ni kalau dah 'berat' lain macam, bos lalu belakang boleh buat dekkk je tau ... hehehe ...
So, apa aku buat? Mengunyah ... makan untuk elakkan dari tertidur! hahaha ... dah la malam tadi sampai umah lepas Isyak. Tak makan apa pun sebab badan penat mata mengantuk. Anak-anak dah siap makan dalam kereta, tapi aku je yang takda mood nak makan sebab ..... letih dan mengantuk!
Cari bantal dulu aahhh ... sok baru cari makan hahahaha! Tu yang hari ni aku 'raya' sakan ... kengkawan pulak bawa macam-macam kat opis ni buat jualan, sedap ngunyah weh! Panas-panas gini ... aku kuat minum air masak dan mengunyah. Kalau tak ngunyah ... minum... kalau tak minum ... ngunyah hahahaha asalkan mata tak lelap!
Goodies bag anak-anak setel dah tengahari tadi. Bolehlah diaorang bagi kengkawan kelas masing-masing. Alaaa ... isinya air kotak, kek coklat moist dan wafer apollo je. Nak bagi pada hari birthday aritu tak sempat ... so hari Jumaat ni la baru boleh bagi ha. Itu pun ibu ada beli lagi satu special untuk anak-anak ibu. Selalunya surprise ibu ni berkaitan dengan makanan je pun hahaha....
Tunggu anak-anak balik sekolah baru tau apa surprise tu hehehe :D
untungggg la ngunyah sepanjang masa pun badan tak simpan lemak hahahha...
ReplyDelete