Assalamualaikum!
Jumaat yang produktif! Syabas diucapkan kepada mak-mak di opis yang berjaya memecah rekod tidak tidur atau pergi shopping waktu rehat hari tu hahaha ... ok ok gurau je ye. Sebenarnya ni projek last minit yang dicetuskan oleh 'cikgu' kami yang bercadang nak ajar kami buat mee kuning sendiri!
Rugiii besar la kalau aku tak join weh ... dah la pagi tu aku kena 'prank' dengan penipu, hampir-hampir tak jadi aku nak join kelas buat mee kuning ni. Tapi alhamdulillah ... Allah bagi juga rezeki ilmu untuk aku huhu ...
Yang berdiri tu lah 'cikgu' kami pada hari tu. Bawa badan je, barang cikgu sediakan hehe. Dah siap jadi mee nanti kira lain pulak haha ... Aku suka join kelas-kelas memasak atau baking atau buat makanan macam ni. Kalau suh join kelas makeup atau pakai shawl .... errr .... krik krik krik hahahaha :p
Waktu rehat 2 jam setengah tu kami gunakan sebaiknya untuk belajar cara-cara membuat mee kuning sendiri. Bahan-bahan dia ... subhanallah banyak senang la! :)
Tapi yang penting, alat di atas ni kena ada! Kalau takda pasta maker ni, acaner nak jadikan tepung kepada mee ye dop hehe ...
Dan bahan-bahan yang digunakannya pun senang nak dapat. Lebih kurang sama je dengan bahan nak buat roti jala, cuma yang ni ada tambahan air kapur dan tak perlu letak garam!
Aku kan pernah cerita, salah satu sebab kenapa aku suka pi makan kat Kafe Suria, AmCorp Mall tu ialah sebabnya mee diaorang buat sendiri. Bukan mee kuning yang dijual dalam paket biasa kat kedai tu. Sebab tu aku bila dioffer untuk join projek ni aku tak menolak ..!
Bila kaum Adam dah mula meninggalkan opis untuk solat Jumaat, kami memulakan aksi! Barang dah siap sedia di atas meja, hanya perlu cuci tangan sebersihnya dan mulakan!
First, kena pecahkan telur sebiji dan letak dua sudu air kapur makan dalam cawan tu. Letakkan air kapur sahaja, bukan kapur tu ye huhu. Pastu letak 250ml air dan sedikit serbuk kunyit untuk kasi warna kuning. Nak letak pewarna pun boleh, tapi aku selesa guna pewarna asli macam serbuk kunyit ni huhu ...
Kemudian kacau kasi rata! Tepung 500gm sudah tersedia dalam mangkuk dan campuran tadi dimasukkan ke dalam mangkuk berisi tepung.
Dah masuk semua bahan tadi, sedia untuk uli sehingga jadi doh!
Macam-macam pesen mak-mak kita ni menguli. Yang duduk duduk ... yang berdiri dengan style berdirinya hehe. Payah gak nak uli tepung jadi doh ni. Benda bukan hari-hari buat, naik lenguh rasa pas menguli tu hehehehe ...
Tapi bahagia tengok anak-anak makan hasil air tangan kita. Tu pasal aku nak belajar jugak buat mee ni, biar air tangan aku sok melekat pada makanan yang aku masak untuk anak-anak. Kalau boleh buat sendiri, apa salahnya kan ... makanan sihat berkhasiat air tangan ibu pulak tu ... haih kalau tak sayang lagi tak tau la haha ...
Orang tinggi kalau menguli duduk di kerusi memang tak selesa rasa. Kena berdiri gak untuk bagi tenaga sikit. Kalau duduk bersila di lantai takpela hehehe ...
Dalam dok menguli tu, lawak tetap lawak gelak tetap gelak hahaha. Sekali sekala bikin projek macam ni, hilang stres di pejabat. Bila dah berkumpul tu, memang tak pandang kiri kanan dah, semua pakat mengusik dan buat lawak hehehe ...
Dah jadi doh, so kita pecahkan doh besar jadi doh-doh kecil. Doh tu kemudian kita masukkan dalam pasta maker untuk 'kempis'kan dia jadi macam helaian doh gitu. Senang citer tengok je la gambar kat atas ni hehe ...
Best pulak main tarik-tarik mee ni hehehe....
Siap doh mee kuning kami weh! hahaha ... tapi takleh makan lagi ... kena rebus mee ni dulu dalam periuk untuk beberapa minit, pastu baru leh makan! Warna kuning yang tak sekata tu kes sukatan serbuk kunyit yang tak sama di kalangan mak-mak yang buat memula tadi hahaha ... lain tangan lain sukatannya kan hehehehe :D
Mee kuning direbus dalam periuk, letak sedikit minyak masak supaya mee tidak melekat antara satu sama lain. Sambil tu kacau perlahan-lahan untuk leraikan mee tu. Bila mee timbul, tu tandanya dah boleh diangkat dan ditos!
Cikgu Haz cakap, mee ni kena basuh dulu untuk hilangkan kapur pada mee. Awal-awal tadi kan kita ada letak air kapur kan, so kena basuh dulu la ye ...
Wowweeeee ... dah siap! Masa untuk bungkus mee pulak ...! :)
Satu plastik ni 500gm mee kuning. Dari 4kg tepung gandum, kami dapat hasilkan 15kg mee kuning dalam 30 bungkus plastik! Perghh ... patutla orang meniaga mee ni kaya-kaya yek! Dapat la sorang bawa balik 2 plastik mee kuning untuk dimasak dirumah. Lebih jimat dari beli di kedai runcit! Malah mee kuning paket tu 450gm pada harga RM2.20 lebih kurang kan, yang ni 500gm hanya bayar RM1.50 sebungkus kat cikgu Haz untuk upah ngajar dan bawa balik mee heee .... terbaikkkkk sangat!
Balik je rumah, aku dah tau nak masak apa dengan mee kuning ni. Anak-anak memang berahi ke mee, so diaorang lebih suka makan terus dengan kicap. Untuk aku ngan Pak Jelan ... aku masak ni ...
Kami candlelight dinner makan mee kuning berkuah malam tu hehehehe ...
Mantop dan terbaik! Dapat juga aku hasilkan mee kuning sendiri hasil tunjuk ajar Haz. Memang terhibur join kelas mee yang pertama ni. Plan nak beli pasta maker tu nanti, dan buat mee kuning sendiri dengan anak-anak pulak. Diaorang mesti suka projek masak-masak ni. Last time aku buat roti jala pun, diaorang memang suka datang ke dapur menolong ... so yang ni mungkin boleh jadi aktiviti santai kami anak beranak nanti hehe ....
:)
jimat kos..:)
ReplyDeleteitu sudah pasti kak ... tak sangka kami dapat hasilkan mee sebanyak tu hehe :)
Deletewow mnariknya aktiviti camni........kt opis xde pun
ReplyDeleteaktiviti santai suka-suka Ty ... dari tido atau gi shoppin gperabih duit best gak belajar buat makanan macam ni hehehe
Deletelepas ni dah boleh bisnes mee kuning..yeay...kongsi la resepi mee berkuah tu ha...
ReplyDeletekuah tu saya guna perencah laksa kari Mamee chef je kak ... itupun sedap dah hehehe ....
DeleteBestnya dapat buat sendiri.. Puas makan nih...
ReplyDeleteserius sis ... buat sendiri lebih banyak dapat dan puas makan hehehe
Deletewahhh biar betul...tu je bahannya
ReplyDeletelepas ni nak kena pergi intai mesin buat mee tuh la ...
tq Anim share cara buat
betul kak ... anim pun terkejut tgk bahan dia simple sangat! Tapi menjadi pulak mee dia hehe
Deleteboleh buat bisnes mee kuning ni ;)
ReplyDelete