Assalamualaikum!
Hampir-hampir tak jadi nak meniaga carboot di sini malam kelmarin! Sebab petang tu hujan lebat kat area Subang dan masa tu pun kami berbelah bagi nak pergi ke tidak. Tapi alhamdulillah dalam pukul 6 lebih hujan berhenti, so apa lagi ... berdesup kami ke Subang Bestari! heee ...
Lepas maghrib hampir semua petak parking penuh dengan peniaga carboot! Rupanya meniaga malam lebih meriah dari siang! Sebab kat sini ada aktiviti best untuk kanak-kanak, budak remaja dan orang dewasa selain boleh jalan-jalan beli barang.
Dan baru malam kelmarin aku tahu pasal aktiviti best ni, sebab sebelum ni kami pilih tapak lain so tak perasan budak keluar masuk sini.
Rupanya ini kerja budak-budak kat sini setiap malam minggu ye! Kaki roller-blade, skateboard, hoverboard,skuter memang lepak main sepuas-puasnya kat sini. Siap boleh sewa plak tu!
Yang nak main buih pun ado! Parents pulak ramai yang bawa anak-anak diaorang luangkan masa tunjuk skil main roller-blade kat sini. Berdesup ke sana sini dengan kasut beroda tu .... jeles pulak aku nengok hehe ...
Ya Allah ... anak-anak ibu kalau dah tengok budak-budak lain main benda ni, memang diaorang nak main jugak la. Niat nak ke sana pi meniaga, tapi dah terjebak pulak main benda ni hehe.
Yang kakak dah aim kat roller-blade, yang adik nak main skuter asalnya tapi ramai sangat yang main tak pulang pulangkan lagi so dia pilih main buih je la ... sebab tu je yang dia reti main pun heeee :D
Parents pakat duduk kat tepi tengok anak masing-masing layan main sepuasnya kat sini. Oh, paling aku suka ialah sewa roller-blade kat sini RM10 tapi takda had masa. Means, korang boleh main sampai muntah dengan bayaran RM10 tu. So, memang syok layan berjam-jam la! :D
Yang buih tu, ada RM3 & RM5 punya. Pilih lah yang mana suka, bayar dan main puas-puas!
Memula tu memang muka dia cuak sikit la nak berroller-blade ni sebab aku cakap kakak kena berjalan sendiri kalau nak main hehe. Sebelum tu, aku pesan dah siap-siap main benda ni kalau jatuh kakak kena bangun sendiri dan cuba lagi. Kalau jatuh sekali pastu menangis dan takmo main dah, memang next time takkan ada lagi roller-blade untuk kakak.
Tapi betul, aku tengok memang dia gigih nak belajar main roller-blade ni. Aku tanya berapa kali jatuh dah ... dia jawab 5 setengah hahaha! Apa yang setengah aku pun tak tahu haha ... tapi bila dia jatuh, dia akan bangkit semula dan jalan lagi. Lama-lama dia boleh jalan sendiri dan pergi jauh. Seronok betul dia malam tu .... :)
Dia cakap lagi nak lari laju-laju macam budak-budak lain tu, so aku cakap kena latih seimbangkan badan dulu pastu perhati macam mana diaorang gerakkan kaki dan rajin praktis la kalau nak pro macam kengkawan lain. Aku tengok budak umur 4-5 tahun pun ada yang boleh lari laju main roller-blade ni .... ishhh 'panas' pulak hati kita tengok hahaha. Maklumla, kalau aku yang main ni ... memang jatuh semedang je la T_T
Kesian Mira dapat main buih belon je hehehe. Akhirnya tak habis pun buih ni,dia duduk termenung dengan mulut muncung itik dia ... aku tanya kenapa, dia jawab dia pun nak main skuter gak hahaha. Lorrr ... takpela, minggu depan kalau ada rezeki kita sewa skuter pulak untuk Mira ye huhu.
Agak-agak dia akan lupa tak minggu depan yek? heeee ....
akak kalau balik kampung pun akak bwak fiyah pegi dataran penawar,ramailah yang dok main ni..fiyah just main kereta control je.duduk dalam tu,sambil berangan bawak kete..bagus jugakkan aktiviti macam ni diadakan..
ReplyDeletewahhhh..
ReplyDeleteselalunya budak2 ingat kalau kita berjanji dengan dorang..hehe
ReplyDeleteBanyak dah carboot sales nie... Org ckp kat temerloh pun best... Ramai org... Bila lah nak sampai agak nyer...
ReplyDeletekat sini sewa roller blade dalam rm5 sejam . huhua mahaii
ReplyDelete