Breaking

Tuesday, April 12, 2016

Resepi Mudah & Lazat Ayam Goreng Berempah Tanjong!


Assalamualaikum!


Selalu bingung nak masak apa untuk keluarga? Begitu jugalah aku setiap hari hehehe. Bila ada yang nak makan pedas, ada pulak yang tak makan sambal, bila ada yang teringin nak makan kari, ada pulak yang nak makan sup hahaha ... 4 orang 4 selera berbeza! Tu baru 4 orang huhu ....





Tapi aku tahu satu lauk kesukaan keluarga kami ... A.Y.A.M G.O.R.E.N.G B.E.R.E.M.P.A.H! ahhaaa lauk ayam goreng berempah memang budak-budak ni suka. Kalau ayam insyaAllah .. masak apapun diaorang suka! hehe ...

Resepi aku kali ni simple sangat ... sebab keluarga aku suka makan yang simple-simple! Tapi walaupun simple, aku pastikan ia sedap, lazat dan menepati selera kami sekeluarga. Jommm kita mula memasak!

Nak masak ayam goreng berempah memerlukan rempah yang boleh membuatkan masakan kita lebih mudah dan hasilnya ..wallahhhhh! Dan kali ni, aku pilih produk Rempah TANJONG! Tapi memula sekali, kita kena sediakan bahan-bahannya dulu ;)

Resepi Ayam Goreng Berempah Tanjong

Bahan-bahannya :

  • 1/2 ekor ayam (bahagian paha) - dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu besar rempah Kari TANJONG
  • 1 sudu besar rempah Kari Daging TANJONG
  • 1 sudu kecil Kunyit TANJONG
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Nota - bahan yang bertanda * dikisar terlebih dahulu




Cara-caranya :

1. Basuh ayam sebersihnya dan potong kecil. Toskan airnya. Ikut suka nak buang kulit ayam tu ke tidak, tapi kalau aku, memang aku tak buang sebab anak-anak suka makan kulit ayam yang digoreng

2. Bahan-bahan yang dikisar tadi digaulkan bersama ayam. Gaul rata dan masukkan rempah Kari Ikan Tanjong, Kari Daging Tanjong, Kunyit Tanjong, serbuk cili dan gaul hingga sebati

3. Masukkan daun kari dan garam secukup rasa. Kemudian perap untuk seketika. Tapi aku perap ayam ni semalaman sebab nakkan rempah dan bahan-bahan kisaran meresap masuk dengan sempurna 




4. Panaskan kuali bersama minyak sederhana penuh, dengan api sederhana ayam yang diperap tadi digoreng

5. Angkat ayam tadi dan toskan. Serdak-serdak rempah yang masih berada di dalam kuali jangan dibuang, sebaliknya angkat dan toskan juga dan hidangkan bersama ayam tadi



Tadaaaa! dah siap ^^


Senang tak? Senang giler kan! haha ... bahan-bahan pun senang sebab aku guna yang asas je. Sesuai bebenor makan dengan nasi lemak atau nasi kukus atau nasi briyani atau nasi putih panas-panas! Takda letak jintan manis atau jintan putih sebab anak-anak nak makan kan, yang penting aroma dan rasa rempah itu meresap ke dalam daging ayam tadi. 

Nak guna Rempah TANJONG ni pun cukup senang, malah tekstur rempahnya lebih halus dan cepat larut memudahkan kerja ketika nak gaul dengan ayam.




Bagi mempromosikan lagi produk TANJONG keluaran tempatan, pihak syarikat telah menyertai satu pameran di Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) baru-baru ini bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Di sana, Chef Liza turut menunjukkan demo memasak menggunakan rempah TANJONG. Mantoppp! 

Untuk pengetahuan korang, produk TANJONG ni dulu dikenali sebagai PELADANG, tapi kini telah melalui penjenamaan semula di bawah nama baru iaitu TANJONG. 





So, korang kalau nak memasak lenkali gunalah Rempah TANJONG ye. Aroma dan rasa rempahnya yang asli membuatkan aku masih terbayang-bayang akan kesedapan dan kelazatan ayam goreng berempah aku tu hehehe ... sampai sekarang masih teringat lagi!

Nak lagi best, korang boleh tonton TV1 setiap Ahad dalam Segmen Niaga, bolehla belajar dan cuba semua masakan menggunakan Rempah TANJONG. Boleh pakat-pakat dengan suami lepas ni nak masak apa kan hehe ...

Oh ya, rempah TANJONG boleh didapati di MYDIN dan D'MART ye. Lepas ni, aku nak try masak kari atau kurma pulak dengan Rempah TANJONG ni :0

SELAMAT MENCUBA! ^^

11 comments:

  1. Fuuuh cam best jer tempah tanjung ni. Dah ramai orang bercerita

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing resepi..:)

    ReplyDelete
  3. Memang suka la kari.. nak kalau buat kari mamak x bubuh santan, pure aroma kari melekat di tangan.. semestinya nk cari Rempah Tanjong nanti. Tq hanim.

    ReplyDelete
  4. Hanimmm....kejam la...terus lapar perut akak tau...

    ReplyDelete
  5. Walaupun lisa tk berapa suka ayam..tpi kalau ayam berempah memang sedappp

    ReplyDelete
  6. Selalu gak buat ayam goreng letak rempah kari daging. Tapi tak pernah lg cuba rempah Tanjong. Pedas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sebab letak satu 2 sudu je so tak pedas ..just nice :)

      Delete
  7. Nim..menggoda betul ayamnya...akk kalau buat nasik kukus buat ayam grg berempah lagu ni laa nim..tapi lama daa tak buat nasi kukus..Ayam lagi sedap pkai rempah..Ramai daaa dgr org sok sek sok sek mengenai rempah tanjong...pasni nak masak2 funa rempah tanjong laaa...thanks sharing ..

    ReplyDelete
  8. Bagus yer hanim siap dengan resepi haaa....kena beli lah try cuba rempah ni...best plak tgk ayam goreng berempah tuh

    ReplyDelete
  9. menarik.
    yes pernah perasan rempah peladang dulu kala.
    and tq utk resepi tu, hanim.
    marbeles!

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.