Breaking

Monday, May 16, 2016

Guruku Tersayangggg ..!


Assalamualaikum!


Setiap kali sambutan Hari Guru, misi anak-anakku adalah belikan hadiah untuk cikgu mereka. Dan setiap kali tu lah ia jadi misi aku jugak untuk fikirkan hadiah apa yang sesuai, carikan kedai yang sesuai, pilih hadiah yang sesuai dan akhir sekali ... sponsorkan untuk diaorang! haha :p

Nampak tak disitu? Misi aku lagi banyak dari misi dua beradik ni. Diaorang punya misi satu je, misi aku empat oiii! hahaha ... takpela, demi anak-anak tercinta demi guru-guru yang dikasihi lagi disanjungi ... 



Misi mencari hadiah bermula semalam. Kat kawasan rumah aku ni memang ada beberapa kedai serbaneka yang jual banyak cenderahati dan hadiah yang cantik-cantik untuk sebarang majlis. Tambah untuk sambutan Hari Guru ni, lagila banyak diaorang letak kat dalam dan di luar kedai huhu...

Tapiiii pilihan diaorang tetap yang ni jugak .... Meei Mei! Tak faham aku, apa yang best sangat kat kedai ni entah ... seolah-olah uri diaorang ditanam di bawah tapak kedai ni. Asyik nak pergi sini je! 




Mira punya misi sangat jelas dan nyata! Suruh pilih hadiah apa dia nak bagi kat ustazah, dia cakap .. bunga ros! Senang nak bela budak ni .. takyah susah-susah nak beli pembalut hadiah hahaha ...buat masa ni la!

Kakak? hurmm ... kakak ni taste ni lain macam sikit hehe ...




Getah rambut ??? hishhh takkan nak bagi cikgu getah rambut nak oiii! Tapi nanti ni kang dia beli gak :p




Keychain pulakkk! Ada tulis 'Selamat Hari Guru' atau Happy Teacher's Day' tak? Takda .... takda tak payah!




Kat rak ni memang banyak pilihan la. Memang hadiah kat situ khas sempena Hari Guru. Kakak dah pening dah tak tau nak pilih mana satu ... hahaha. Jap .. tengok dompet ibu *kobakduitsyiling*



Seluk lagi kak ..seluk lagi! haha :p



Pilih pembalut hadiah pulak


Dah cakap awal-awal dengan diaorang dah, untuk hadiah dan pembalut boleh beli, tapi kad ucapan kakak dan adik kena buat sendiri. Takkan la semuanya nak 'ekspress rakyat' je kan hehe ... kenala ada kreativiti dan sentimental value sikit untuk kenangan dengan cikgu ... baru lah cikgu terharu kan kan kan :D

Sebenarnya misi aku juga termasuklah membalut hadiah, tapi bab ni memang aku gagal sejak dulu lagi walaupun dah ikut tutorial kat Youtube! haha ... hari tu masa balut hadiah untuk hari perpisahan cikgu kakak pun dekat sejam aku balut kotak tu!

Kali ni takyah susah-susah la diknon, alang-alang dah beli hadiah tu minta la staf ni tolong balutkan hadiahnya sekali hehe. Senang giler tengok dia balut ... siap dilipat-lipat pembalut tu macam kipas haha ... aku tak boleh le .. T__T




Malam tu, diaorang mula karang ayat cinta untuk kad ucapan. Aku tak duduk sekali dengan diaorang sebab masa ni tengah sibuk menggosok baju sekolah. Dah siap masing-masing punya kad ucapan, terus masuk tido ..!

Esok pagi dalam kereta, aku tanya dah siap ke belum kad ucapan tu? Lalu dihulurnya kad ucapan masing-masing ....




Hahaha ... kesan liquid paper ni? Ni gara-gara dia salah eja nama Ustazah dia la ni ... haishhh hehe. Sebut dah betul dah 'Ustazah Syukrina', tapi bila eja dia jadi 'Syukrna'. Kakaknya kata adik terlupa letak 'i', pastu dah letak dia jadi 'Syukirna' T_T

Pastu kakaknya marah adik salah letak, bukan sebelum 'r' tapi selepas 'r' ... adik tu padam balik dan tulis balik hahaha! Mira siap masuk pasang kipas berdiri tu pastu tala kertas ni untuk keringkan kesan liquid paper tu ..haha adoiii la anak! >.<

Siap ada kek ok! Ustazah dapat bunga, ucapan hati ke hati dan 'sebiji' kek dengan tiga lilin! Tandatangan tu yang aku tak tahan nak gelak tu ...! muahahahaha :p




Kakak punya ucapan stendet lebih dari satu muka surat. Tak panjang bukan kakak la tu ...hehe. Kagum aku baca nukilan kakak untuk cikgu dia, sebak ada nak tergelak pun tu dah tentu aku tak boleh elak la! Siap berkirim salam bagai kat mak ayah cikgu tu  ...haha adehhh anak, tulusnya hatimu kakak .... ishhh ...hehehe :p

Sempena sambutan Hari Guru hari ni, jom tengok video 'Cikgu Tersayang' kat bawah ni. Inilah lagu yang Mira dok hafal setiap hari untuk nyanyi depan cikgu-cikgu dia petang nanti hehe ...




Patutlah Mira beria nyanyi lagu ni, rupanya lirik dia lebih kurang sama dengan ucapan dalam kad tu hehehe ...

SELAMAT HARI GURU !

7 comments:

  1. comelnya adik n kakak ni...betuah ckgu yg trm hadian dr adk n kakak..

    ReplyDelete
  2. Beruntung Cikgu laaa ni kan ??

    ReplyDelete
  3. lamabat laun saya akan hadapi juga untuk persediaan beli hadiah kepada guru...bagus juga ada entri ini.

    ReplyDelete
  4. best la ekk guru guru ni.
    ada suatu hari penghargaan.
    terbaik! dpt hadiah byk hi hi hi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.