Breaking

Thursday, May 26, 2016

Kalau batuk ... mesti semput!


Assalamualaikum!


Dah 3-4 hari badan tak berapa nak sihat. Memula anak-anak tak sihat, masuk hari Isnin aku pulak start batuk dan selsema. Ingat boleh bertahan tanpa ubat, tapi akhirnya ku telan jugak huhu! Lepas tu bila batuk, mesti semput! Dulu tak macam ni ... bila dah lanjut usia pulak baru datang semputnya hurmm ...

Sekarang ni, selsema dah ok tapi pernafasan aku masih tak berapa lancar. Tarik nafas tu macam berbunyi, lepas tu mencungap bila penat sikit. Dah kenapa ni?? Rupanya kahak tersangkut kat kerongkong lalu menyekat salur pernafasan. Bila buang kahak aku rasa lega, tapi lepas tu 'dia' datang balik! >.<



Semalam yang penat! haha ... tapi sebelum tu meh aku citer pasal kuih semperit ni. Ada orang mengidam rupanya ngan biskut raya. Belum puasa dah mengidam nak makan biskut raya ...haihhh. Semalam lepak sat kat gerai makan Seksyen 8 PJ, sebelah meja tu ada jual kuih ngan makanan goreng-goreng. Sekali si kakak nampak la kuih semperit pastu terjerit merayu nak makan ..! 

Yang lawaknya, akak yang menjual tu kasi sampel sebiji untuk dia rasa, belum masuk mulut dia dah cakap,"mmm sedap la bu! kakak nak lagiiii" hok aloh ... tenung saje belum makan lagi dah kata sedap! comel sangat perangai tu kan ... haha :p




Lepas tu dia buat 'perangai' lagi. Tak cukup sebiji dia mintak sebiji lagi. Aku pun gi amik la 2 biji untuk bagi ayahnya merasa jugak. Tak cukup lagi! Dia gi amik pinggan pastu bukak balang kuih sampel dan amik lagi! Ya Allah ..budak niiiii tak pandang orang langsung kalau nak makan! Sebelum habis sampel biskut semperit makcik tu kakak kerjakan, baik ibu belikan sebalang terus! hahaha hai la anak ...

Dah dapat sebalang terus dibukaknya, makan kat situ jugak! Aku tak tau la kakak ikut perangai sapa ni ha. Lepas tu dia suh aku buat biskut raya marmar carrie macam tahun lepas. Sedap giler ibu buat! Amboiii kerana nak makan sanggup puji ibu sampai langit ke tujuh ye! haha ...:p

Ok, pastu nak citer pasal kasut si Mira pulak. Ni pun satu hal jugak semalam, ibu kepenatan yang amat sebab nak mencari kasut untuk persembahan Mira sempena persaraan cikgu besar dia hari ni. Dari petang sampai ke malam melilau sekitar Desa Pandan mencari kasut bertumit untuk budak kecik. Sampai ke pasar malam pun tak berjumpa! Last-last balik solat maghrib, pastu keluar balik gi Tesco Ampang. Mujur jumpa baq hang! Itupun harga ...RM25! Pakainya 5 minit aje atas pentas huhu ...

Lupa plak nak tepek gambar kasut baru Mira. Aku dah mengantuk giler pastu ngan batuknya ngan penatnya terus membongkang sampai ke pagi hohoho! Hari ni la persembahan untuk cikgu besar diaorang, kakak dan adik siap bershawl, bergincu berbedak .. yang ni pun ibu lupa nak amik gambar! Grrrr ... 

Yang pastinya, aku dah WhatsApp cikgu diaorang pagi tadi minta share gambar persembahan diaorang atas pentas. Yang lain suh share video ... agak-agak cikgu nak layan tak perangai mak mak yang 'comel' ni ? hahaha :p



3 comments:

  1. Misti sedap kueh dahlia tu sampai dia makan banyak.

    ReplyDelete
  2. favourite fae pulak kuih tapak kuda hehe

    ReplyDelete
  3. kompom la sedap kalau anak request besikut mama carey tu. semperit tu pulak nampak betul2 gebuss, cair dlm mulut,..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.