Breaking

Wednesday, May 04, 2016

Main Roller Blade Di Subang Bestari - Berahi Ke Roller Blade Pulok!


Assalamualaikum!


Nak adik kecik ... perut ibu lum buncit lagi, nak bela kucing ... ayah tak bagi hahahaha! So, kali ni dia berahi ke roller blade pulok la! Ginilaaaaa bila anak-anak semakin membesar. Macam kita dulu gak la, tak dapat benda tu nak benda ni. Tak dapat yang ni nak yang lain pulak. Layankan aje laaa selagi mampu, selagi diaorang happy....!



Malam minggu sebelumnya, dia main hampir dekat pukul 12 tghmalam. Itulah kali pertama kakak main roller blade 2 jam tanpa henti! hehe .. tapi masa tu kami berniaga carboot kat kawasan sebelahnya, so sambil menyelam minum air la kekdahnya heeee...


Tapi minggu lepas kami tak meniaga malam, pergi sana hanya untuk tunaikan janji kami pada kakak ... layan roller blade!

Dia punya semangat nak main roller blade, gigih kumpul duit belanja sekolah sampai cukup sepuluh ringgit semata-mata nak tunggu Sabtu malam main benda alah ni. Kalau tak suruh buat macam tu, nanti nak main dia tau mintak je kan. Ni aku suruh dia usaha simpan dan kumpul duit sendiri dan cukupkan ... baru leh gi main. Tapi, nak dijadikan cerita, dia pergi belanja semua duit tu hari Jumaat sebab dia buat 'perangai' lalu ayahnya cakap, "takyah gi main roller blade!" ... terus down budak tu hahaha. Frust punya pasal tu la dia belanjakan habis beli makanan hahaha .... tu salah ayahnya la :p




Si kecik ni? Dia nak main scooter sebenarnya! Tapi kat situ takda sewa scooter, hanya boleh sewa roller blade, kereta elektrik kanak-kanak dan hoverboard. Kecewa gak la dia ... tapi dah dia tengok kakak dia steady layan roller blade dan takda pilihan nak main lain, nak tak nak dia pilih roller blade gak la akhinrya hehe ...

Manja pulak tu ... ayahnya la yang pakaikan kasut roller blade tu. Pakai sendiri tak reti tapi ada hati nak main macam kakak dia hahaha ... takpela, kita layankan aje la ye. Tengok berapa lama dia boleh tahan berdiri dalam kasut roller blade tu hahaha ...:p




Berjaya berdiri sendiri dan senyum, walaupun ada cuak sikit muka tu haha ... kita tengok pulak sejauh mana dia boleh berjalan ngeeee ....





Berpaut, berpegang, berpeluk ngan ayahnya hehehe ... kakak dah jauh 'terbang' ke tempat lain dah time ni tapi takpela, dia pandai dah main sendiri. Aku ikut dari belakang je la tengokkan apa yang patut hehehe ...

Memula eksaited Mira jangan cakapla ... walaupun dia takut-takut sikit tapi still nak cuba gak berjalan pakai kasut roller balde tu. Tapi tak sampai 15 minit pastu .... dia minta bukak! aiseyyyy .... T_T




Disinilah aku jadi bidan terjunnya! Dah bayar sepuluh ringgit untuk Mira main roller blade ...alih-alih dia buat 'drama' sakit kaki pulakkkk hahaha. Rugi la tak main tapi dah bayar ... tak sampai 15 minit wooooo! Akhirnya aku je la ganti si kecik tu sarung kasut roller blade main ngan kakak! 




Tempat parking ni memang besar, boleh pilih nak main sebelah sana atau sebelah sini. Kami pilih tempat yang tak ramai orang, senang nak berlatih dan kalau jatuh pun takda la malu sangat orang tengok kan hahaha ...

Last aku main masa gi event review indoor park kat Bangsar huhu. Memang memula main tu teruk gakla aku berpaut kat Pak Jelan haha :p tapi lama-lama boleh dah rolling sorang-sorang. Tak percaya? Meh tengok bukti aku dah pandai berroller blade!





Hahahaha terkepak-kepak tangan aku nak balance jangan bagi jatuh! Mujur main kat tempat tak ramai budak-budak, suka hati aku la nak buat gaya kuak lentang pun kan haha ...






Bila penat, menempel la kat sebelah Pak Jelan sambil minum air kotak hehe. Yang kakak masih bertenaga 'merayau'. Hampir tengahmalam pun dia masih bertahan lagi nak main huhu. Tengok dia hayun roller blade tu pun dah cukup buatkan aku jeles!

Tak boleh jadi macam ni, tercabar maruah aku sebagai orang dewasa dan ibu ...hahaha. Apa barang ni anak lagi laju dari ibu ni...tak boleh jadiikkkkkkk! >.<




Dan ... inilah yang terjadi. Hurmm ... anak yang beria main, ibu yang tangan berdarah! Arghhh ... hahahaha! Hampeh punya roller blade ... !


8 comments:

  1. eh eh.
    saper yang beriya main sampai luka ni :p
    mmg musim roller blade skang.
    kat kuantan pn sama
    tp bagus akak collect duit sendiri nk main punya pasal.
    bagus ibunya didik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terlebih eksaited ibunya gitu laaaaa :p

      Delete
  2. berahi?? akak nak eja brehi ke? hahahhaa.. pelik pulak rasanya baca tajuk kak nim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha eja berahi tapi sebut brehi ..aci dop? haha :p

      Delete
  3. rumah saya depan tu je sis, mmg bebudak sekrang trend gitu dah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh beruntung rumah dekat ... memang terbaik budak-budak sini, aktivti sihat lebih baik dr duduk lepak dalam cyber cafe kan :)

      Delete
  4. sekarang trend budak-budak main hoverboard, tapi roller blade ni paling ramai peminatnya hehe :D

    ReplyDelete
  5. main benda ni kalau tak jatuh berdarah tapak tangan dan lutut..memang tak sah la. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.