Breaking

Thursday, June 16, 2016

Bila berjodoh dengan orang utara ...


Assalamualaikum!


Beginilah aku masa memula kahwin dengan Pak Jelan dulu. Lahir di Selangor, bermastautin di KL hampir 20 tahun lebih, bila ditukarkan ke Kuantan aku ingatkan jodoh aku dengan orang Pantai Timur. Tapi suratan takdir kami berdua bertemu jodoh di sana.

Memula dulu bila dia kata dia orang Perak, aku ingatkan style orang Perak yang cakap "ate", "kome", "teman', "idokleeee" tu hahaha :p Tapi rupa-rupanyaaaaaaa dia Perak utara, so slang dah ikut Kedah nunnnnn! Utagha piorrrrr sunggoh naaaa haha :p


kredit : Lanun Ranggi


Kes pertama macam gambar di atas ni la. Satu hari suruh dia gi kedai beli roti. Roti tu pada aku maksudnya roti gardenia la. Alih alih bukak beg plastik ada biskut lemak Hup Seng je! Aku pun tanya ....

"mana rotinya?"

"tu la dia ..."

"ni bukan roti ..ni biskut!"

"ni roti la ... abg ingat hani cakap roti tu roti ni la ..."

Grrrr "ni biskut bangggg ... roti is roti, biskut is biskut la"

"kami (keluarga mertua) panggil ni roti hani tau dak ... "

"dah tu roti gardenia tu panggil ape?"

"roti gak la ...."

Hahaha kembang kuncup hidung aku 'bertekak' ngan dia pasal roti je. Sejak dari tu la aku baru faham sikit-sikit istilah 'pening lalat' roti=biskut biskut=roti hahahaha! Korang ingat setakat tu biskut dan roti je ke? Hahaha haaaaa ada satu lagi istilah yang aku 'bertekak' ngan dia ....

"Hani .. tolong belikan cekelat, tekak abg pahit la"

Aku masuk kereta dan hulurkan cekelat (coklat Cadbury) pada dia ..

"pasaipa hani beli cekelat ni? abg nak cekelat isap la ..."

Termenung kejap ... dia maksudkan gula-gula ke? (hahaha)

"tu gula-gula la banggggg ... abg nak cekelat, ni la dia cekelat ...."

"cekelat tu maksud abg gula-gula la sayanggggg ... abg panggil cekelat"

Grrrr .... "dah tu coklat ni panggil ape?"

"cekelat ..."

Hahahaha turun naik jantung aku dibuatnya! Ko dah orang KL, ko faham sejak kecil gula-gula dan coklat tu dua benda yang berlainan jenis. Tetiba otak disuruh tukar gula-gula=coklat .... memang tak masuk dek akal la! hehehe ...

Tapi la ni aku faham dah istilah-istilah tu semua. Cuma sekarang ni kalau dia nak biskut, dia sebut 'biskut'. Kalau dia nak roti, aku gi beli roti gak tak beli biskut. Tapi kalau balik Perak, otomatik dia punya biskut jadi roti hehehe :p


19 comments:

  1. Hehe.. Tergelak2 baca entri ni.. Lawak pon ada bila org berlainan negeri berjodoh.. ^^,
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  2. pernah jgk kena dgn kawan kedah nih.. kueh semua di batai pnggil cucuq.. adeh sabo jerlah tapi bila dh lama tiggal di kedah nih tau dh cara diorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan sis ... cucoq tu memang selalu dengar :D

      Delete
  3. haha..adoiii..gelak sorang2 baca entry hanim yg ni..

    ReplyDelete
  4. Sama la saya... Kalau dia suruh beli cekelat saya tanya dulu gula2 ke cadbury??? Hahahaaha

    ReplyDelete
  5. hahaha.. tp kalau belah family sy roti gardenia tu panggil roti benggali. Biskut Hupseng tu panggil roti pat sagi. Tapi kalau biskut Marie.. panggil biskut marie.. depa tak panggil pulak roti marie..haha..

    ReplyDelete
  6. hahaha.. perak ini banyak slang.. tempat cik en di kuala kome, ate, mike.. klu di manjung, lebih formal.. kt taiping lebh kepada kedah.. ahhahah

    ReplyDelete
  7. Hahaha... kakak baca ini pun baru tahu tau Hani:)

    ReplyDelete
  8. Kite org utara jugaq, bab roti n biskut masih pgl betul, tp bab coklat n gula2, semua pon pgl coklat, haha~

    ReplyDelete
  9. baru tahu ni pasal biskut,
    kalau coklat tu slalu gak terjadi waktu kecik.
    hahahah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.