Assalamualaikum!
Beberapa bulan yang lalu, aku ada kongsikan tentang pertandingan Reka, Bina & Menang yang diterajui oleh Paddle Pop di satu majlis pelancarannya di Kuala Lumpur. Acara tahunan yang telah masuk tahun ke-4 dan mendapat sokongan padu dari Kementerian Pendidikan Malaysia ini telah pun sampai ke peringkat akhir dan pertandingan tersebut telah diadakan di sebuah hotel baru-baru ini.
Untuk pengetahuan korang, program Paddle Pop "Young Builders Award 2016" ini berjaya menarik hampir 1000 penyertaan, satu peningkatan yang besar berbanding dengan hanya 250 penyertaan pada tahun lalu.
Untuk menyaksikan sendiri tahap kekreatifan adik-adik kita mereka dan membina seni binaan bertemakan Atlantos : Membaik Pulih Kota Harapan Atlantos , aku dijemput ke majlis cabaran peringkat Kebangsaan yang diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada 5hb Jun lepas.
Sebanyak 20 buah sekolah yang telah disenarai pendek berkumpul disini selama 3 hari bagi merealisasikan impian masing-masing dalam penentuan juara "Young Builders Award 2016" yang pastinya menjanjikan hadiah lumayan dan menarik untuk peserta, di samping bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai alam sekitar di kalangan murid-murid sekolah.
Ketika aku sampai, sesi pengadilan sedang berlangsung di dalam dewan ini. Kelihatan murid-murid sekolah setia duduk di meja masing-masing bersama binaan 'Kota Atlantos' hasil imaginasi dan kreativiti kumpulan masing-masing.
Aku dimaklumkan terdapat sekolah yang menghantar lebih dari satu penyertaan, menunjukkan betapa mereka komited dan bersungguh-sungguh menyertai cabaran ini. Bersemangat adik-adik kita ni! ^^
Pertandingan Paddle Pop "Young Builders Award 2016" dibuka kepada murid-murid sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6. Sekolah-sekolah digalakkan untuk menghantar penyertaan mereka yang disertakan dengan lakaran karya seni 3D yang dibuat menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik, batang aiskrim Paddle Pop, penyedut minuman dan lain-lain mengikut tema yang diberikan.
Dah bersedia nak tengok hasil binaan 'Kota Atlantos' adik-adik kita yang kreatif dan berwarna warni ni? Jom, aku kongsikan antara beberapa binaan replika 3D yang dihasilkan! ^^
Kreatif kan! Aku sempat menemuramah sendiri beberapa orang peserta tentang binaan yang mereka hasilkan. Setiap replika yang dibina mempunyai cerita dan mesej tentang bagaimana mereka mahu menyelamatkan Kota Atlantos.
Persembahan juga diambil kira oleh pengadil dan setiap peserta perlu menceritakan idea mereka dan bagaimana ia berfungsi. Fuhhh .... jenuh gak nak jawab tu hehe ;)
Barisan pengadil sedang bertanyakan soalan pada peserta
Lebih kurang jam 12 tengahari, kesemua peserta mengambil tempat duduk di hadapan pentas untuk menunggu keputusan pasukan manakah yang akan bergelar juara dan membawa pulang hadiah lumayan untuk Paddle Pop "Young Builders Award 2016".
Nak tahu apa hadiahnya? ;)
Tempat Pertama
-wang tunai RM6,000 bagi setiap pasukan
-percutian keluarga selama 3 hari 2 malam di LEGOLAND Malaysia Resort beserta
baucar perjalanan bernilai RM500
-tiket masuk kombo dan penginapan di hotel
-sijil kecemerlangan
Tempat Kedua & Ketiga
-wang tunai RM2,000 bagi setiap pasukan
-2 tiket masuk kombo LEGOLAND Malaysia Resort untuk setiap ahli pasukan
Sebelum tu, pengumuman untuk 3 kategori pasukan diumumkan iaitu untuk kategori :
- Kerjasama Pasukan Terbaik - SK Bandar Teknologi
- Pasukan Paling Ceria - SK Precint 14 Putrajaya
- Pasukan Paling Bijaksana - SK Alam Shah
Dan tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh semua yang ada disitu...pengumuman bagi tempat ketiga dan tempat kedua untuk pertandingan Reka, Bina & Menang Paddle Pop dimenangi oleh ....
Tempat Ketiga - pasukan SK Bukit Rokan Utara
Tempat Kedua - SK Luyang
Dan, penentuan bagi juara Paddle Pop "Young Builders Award 2016" jatuh kepadaaaaaa ......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Pasukan SK JAWI!!!
TAHNIAHHHHHHHH!
Tahniah dan syabas pada adik-adik yang berjaya, dan tahniah juga pada kesemua peserta kali ini atas kerjasama jitu pasukan masing-masing sehingga berjaya menampilkan rekaan replika yang cukup berwarna warni dan kreatif!
Semoga Paddle Pop akan meneruskan penganjuran program sebegini untuk tahun akan datang bagi menarik lebih ramai lagi murid-murid sekolah menyertai sambil belajar untuk mencintai alam sekitar kita. Syabas dan tahniah!
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.paddlepop.com.my
Kreatif budak2 ni.
ReplyDeleteSmart2 reka bentuk semua tu.. Tahniahhh bagi mereka yang berjaya
ReplyDelete