Assalamualaikum!
Selalu orang dilema nak masak apa untuk berbuka, aku pulak dilema nak buat air apa untuk berbuka kang hehehe. Air pun memainkan peranan yang penting tau, air tak sedap tawar memang takkan habis la jawabnya. So, fikir punya fikir apa kata aku buat air nanas sendiri untuk berbuka nanti? ;)
Buah nanas aku tak berapa suka sangat, tapi air nanas ... memang kegemaran aku sejak kecil lagi. Mudah, tahan lama dan sedap pulak tu! Terima kasih pada mak aku kerana menunjukkan cara-cara membuatnya. Walaupun anakmu ini selalu mengelat nak belajar buat, tapi akhirnya berbaloi juga percubaan pertama ku ini! hehe ...
Air Nanas
Bahan-bahan :
1 biji nanas - jangan pilih yang dah kuning/masak
1 sudu bunga cengkih
1 paket gula
ais ketul
Cara-caranya :
1. Buang kulit nanas, bersihkan dan potong bentuk dadu kecil. Isi air dalam periuk, masukkan nanas yang telah dipotong tadi dan rebus sehingga mendidih
2. Toskan nanas dan buang air rebusan tadi. Isikan periuk dengan air paip yang baru dan biarkan di atas api sederhana kuat. Masukkan bunga cengkih dan gula. Kacau sehingga menjadi air gula. Gula ikut sukatan mana korang suka, nak manis letak lebih
3. Tutup api. Biarkan air gula menyejuk seketika. Bila dah suam suam tu, tuang air gula dalam jag yang berisi nanas tadi. Air nanas ni boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, hanya tuangkan aje ke dalam jag lain atau gelas dan tambahkan ais jika nak minum sejuk.
Kalau korang tak suka minum sejuk, boleh diminum suam suam juga. Tuang separuh air nanas dalam gelas dan tambah air masak sikit kalau rasa manis sangat. Sedaapppp insyaAllah :)
Selamat mencuba! ^^
sedap ni anim...segar rasa kat tekak kan
ReplyDeletesedap kak, lega tekak minum sejuk tanpa ais :D
DeleteNampak sedap tu ha...
ReplyDeleteair nenas tak masuk tekak nad..ehhee
ReplyDeletekenapa perlu letak daun cengkih ! huh..tk suka
ReplyDeleteTak boleh minum... kalau blh dah lma telan..
ReplyDelete