Assalamualaikum!
Sasaran aku nak sampai ke LRT Dato' Keramat jam 4.30pm atau sebelumnya. Tapi tu mustahil la sebab dari Taman Jaya ke Dato' Keramat pun amik masa hampir 30 minit jugak. Tapi aku tetap nak cuba, mana tahu driver bas tu baik hati boleh tunggu seminit dua lagi ke. Turun dari LRT dalam jam 4.32pm, hati dah tak 'sedap' macam dah kena tinggal bas je ni. Dah dua kali aku terkena macam ni. Hari pertama pun keluar opis awal, masuk LRT 4.05pm tapi tak jadi! Semalam aku try jalan lebih pantas lagi, masuk LRT jam 4.04pm ... sampai Dato' Keramat jam 4.31pm. Harapanku setinggi gunung ....
Tapi kena tinggal bas jugakkkkkk! T_T
Dari hentian bas aku nampak 'bontot' bas tu, eh boleh lagi ni kalau nak kejar. Jalan situ sesak ngan kereta ... agak-agak aku boleh kejar la kot. Aku mula berjalan... kemudian berlari lari anak ... kemudian kontrol cun jalan balik hahahaha .... tapi bas dah mula bergerak. Ahhhhh! macam tau je aku nak kejar dia!
Dipendekkan cerita, aku tak sempat la nak kejar bas tu. Akhirnya menapakla aku kat hentian bas depan sebuah kedai gunting rambut kat Dato' Keramat tu. Kecewa betul aku tak dapat kejar bas tu ...! Terpaksala aku tunggu bas seterusnya, dan dijangka sampai umah jam 5.30pm pulak! Haihhh ....
Dengan kaki yang lenguh dan nafas tercungap, aku mengambil tempat duduk. Berdenyut-denyut kaki dek kerana terlampau 'menekan' otot ketika berjalan laju tadi. Bukan taknak berlari, tapi kang habislah sisi keayuan muslimah aku 'tercalar' ... muahahaha :p
Tengah dok tunggu bas tu, tetiba sebiji lori parking kat depan bus stop! Wahai pemandu lori .. kenapa mesti nak buat orang sakit hati ye? Tahu tak awak parking lori kat sini, orang yang duk tunggu bas payah nak tengok bas yang lalu di jalan besar! Dah la awak amik tempat bas berhenti ... awak halang pulak pemandangan kami yang menunggu ni! Tengok pemandunya dah tua, patut dah reti baca laluan tu untuk kenderaan apa, ni ikut suka kepala lutut dia je nak parking! >.<
Tak cukup dengan pemandu lori, ada pula sorang hamba Allah dok meludah-ludah depan bus stop! Astaghfirullahalazim .... apa punya pengotor punya perangai ni! >.< Tolongla kot ye pun nak meludah, janganlah main sembur je depan khalayak ramai macam tu. Carilah longkang atau tempat yang orang tak perasan, pastu ko nak berkahak sekali pun orang tak heran. Dah la aku duduk kat sebelah, selamba badak sumbu je dia meludah .. pastu selang 5 minit ludah lagi!
Habaq mai kat aku macam mana nak kira maju tang lagu ni, kalau orang kita dok jadi pengotoq dan tak bertimbang rasa kat orang lain! Eeeeeeeiiiiii ...... takda sivik punya orang!
eee, pengotoqq! geli tengok org meludah2 tmpt awam gini
ReplyDeletedugaan di bulan Puasa sungguh gayanya ni...
ReplyDeleteSian Hanim...kadang2 Kita elok nak kejar bas...Tp seminit pun Dia x nak tunggu kan walau nampak Kita terkejar
ReplyDelete