Sekolah Rendah
Friday, July 29, 2016
Belajar silat atau masuk maahad?
Assalamualaikum!
Kebelakangan ni, dua benda ni jelah jadi topik perbincangan kami suami isteri. Mula-mula pasal maahad tahfiz atau sekolah beraliran agama. Paling dekat aku boleh fikirkan ialah kat Klang. Masa ikut lawatan Lembaga Zakat Selangor tahun lepas bersama KBBA, aku ada ternampak banyak papan tanda sekolah-sekolah tahfiz. Sejak dari tu lah aku mula terfikir nak hantar anak ke sana ....
Walaupun sekadar perbincangan suami isteri, tapi niat di hati tu memang nak masukkan kakak ke sekolah beraliran agama. Sebab dia bab menghafaz ni agak terer berbanding aku hehe. Kalau dia fokus ... memang jadi! Setakat ni kami hanya mampu beri dia 'bekalan' ilmu agama di sekolah dan di rumah je. Tu pun kadang-kadang dia tanya kenapa itu? kenapa ini? kenapa tak boleh? baru kami jawab. Syukur juga dikurniakan anak-anak yang banyak bertanya ni huhu ...