Assalamualaikum!
Selamat aghi ghayer! Acaner ghayer sume ...ok? banyak dapat duit raya tak? hehe. Hampir seminggu tak bukak blog .. ni pun gigih 'sedut' mood nak kongsi cerita raya. Tahun ni aku beraya di Melaka aje, walaupun hajat memang nak balik Perak juga tapi disebabkan bajet tak kesampaian dan cuti pun pendek, maka kita hadap yang mana mampu je la yek. Lagipun tahun ni giliran beraya di Melaka, so aku punya bajet cukup-cukup sampai tol Ayer Keroh je hahaha :p
Tahun ni warna tema kami #merahpink haha ... tema yang tak dirancang pun sebenarnya. Tiga malam sebelum nak raya aku tanya kakak dan adik diaorang nak baju kaler ape, yang kakak nak kaler kuning (mujur tak jadi pilih kaler kuning) haha ... yang adik nak kaler oren. Last-last si kakak berkenan ke kaler merah (dalam gambar) dan adik pilih pink pekat hehe ...
Dah cari baju, kenala cari tudung yang sedondon kan. Malam sebelum raya aku ngan Pak Jelan meronda sampai ke Tesco Melaka Sentral sekali lagi mencari tudung untuk kakak dan adik. Diaorang dah minta awal-awal dah ... nak instant shawl yang sarung terus tu, pastu nak Hello Kitty punye corak atas kepala. Alhamdulillah ..mujur jumpa! Harga jangan tanya la ... dua helai tu dokek limopuluh yo! Pejamkan aje mata sambil bayor ... haha :p
Pueh hati dapat baju ghayo tudung ghayo ha :D
Dah ado baju ghayo tudung ghayo, kono ada kasut ghayo botul tak? haaaa kasut ghayo kakak je aku belikan sebab adik punya kasut baru je beli bulan lepas huhu ...
Ni je gambar budak-budak yang datang beraya.
Yang lain tak sompek nak amik, bateri henpon 'nazak' minta dicaj :p
Dalam kita sibuk layan tetamu datang beraya, kakak dok cuit ajak pergi beraya umah sedara. Aku suh dia try pergi ngan adik bawa sepupu sekali, nak tengok dia berani ke tak pergi. Keluar pagar 2 minit .. jalan sikit ke depan kemudian patah balik masuk dalam rumah hahaha. Tanya dia pasaipa patah balik ..katanya tak tau nak pergi umah siapa T_T. Adehh kesian pulak nengok .... so, tengahari sikit macam tu kitaorang bawa diaorang beraya umah moyang dekat situ situ jugak. Jalan kaki je ..baru feeling beraya kan hehe ;)
Masak ala kadar je tahun ni. Kalau tahun-tahun lepas, pagi raya mesti ada rendang ayam dan sup tulang, tahun ni kami masak rendang daging campur hati lembu. Rendang ayam masak hari lain pulak. Sup tulang tetap ada, tapi masak pun tak banyak.
Gambar pun tak sempat nak amik, sebab syok sangat makan sampai tak ingat nak snap sana snap sini hehe ...
Tulang masak lemak cili api
Kuah lodeh makan ngan ketupat
Rendang daging+hati
Rendang ayam kampung
Rendang nismilan kami buat ni mak amik resepi dari orang jual lemang kat Rembau. Siap ada jual rempah buatan sendiri lagi, dan masak pun tak guna kerisik. Boleh tahan sedap wooo ... cuma bila nak pilih daging dalam rendang tu aku kena pakai cermin mata sebab takmo tergigit hati lembu hehe ... :p
Mana boleh takda gambar raya sekeluarga hehe. Walaupun aidilfitri disambut sederhana tahun ni, namun anak-anak tetap merasa baju raya baru. Pak Jelan pakai baju 2 tahun lepas dan aku pakai jubah keje je la hehe ... :D
Yang penting diaorang dapat baju raya, tudung raya, kasut raya dan balik kampung beraya! ;)
#teamrayaMelaka #teammerahpink
Sila jangan muntah tengok kami berdua macam ni.
Sambil tunggu budak-budak datang beraya, ini lah keje kami laki bini hehehe :p
Dengan sepupu
Tak syok la kalau raya tak pasang pelita dan main bunga api sikit. Bunga api pun kami beli yang 'selamat' macam pop pop, bunga api kucing dan bunga api warna warni tu. Opkos kitaorang pantau budak-budak ni main ... tapi yang tak tahan tu, hat tukang pantau pun sama 'naik' main bunga apinye!
Nampak tak? hahaha :p
Selamat hari raya! ^^
kami #teamrayakl ehehehe..
ReplyDeleteakak #teamrayakl jugak...tp #rayacolourful...hehehee...selamat hari raya Hanim..maaf zahir batin
ReplyDeleteSlmt Hari Raya :)
ReplyDeletenice sharing
ReplyDelete