Breaking

Tuesday, August 16, 2016

Dipulau rakan sebaya?


Assalamualaikum!


Bila anak-anak baru nak mula mengenal dunia dan kawan, ini antara perkara yang mereka bakal hadapi. Alam persekolahan tak selalunya indah. Kadang-kadang tanpa alasan kukuh pun, perbalahan boleh berlaku sesama mereka sehingga boleh mempengaruhi emosi anak tu. Biasa la budak-budak bergaduh dan bermasam muka kejap. Harini gaduh esok baik balik. Tak macam orang tua ... arini gaduh tujuh keturunan tak bertegur hehe...  

Macam yang aku pernah pesan pada kakak dan adik di awal tahun persekolahan, berkawan baik-baik, jangan bergaduh dan jangan terlalu mengikut kata kawan sehingga awak 'dipijak'! Dan sekiranya ia mengganggu perasaan, jangan simpan sorang sorang.

Dan semalam ....

Kawan-kawan kakak macam taknak kawan ngan kakak je bu. Bila kakak tanya, korang tak kawan aku ke? Diaorang jawab kawan la. Tapi time rehat bila kakak nak duduk makan bersama, diaorang semua lari ke tempat lain. Borak pun macam taknak borak aje. Kakak pun duduk je la dengan kawan-kawan lain kat kantin tu...

Diaorang ni memang 'kamceng' dan selalu bergerak kemana-mana sebagai satu kumpulan. Macam satu geng la ni. Belajar bersama, makan di kantin bersama, main bersama. Tapi semalam kawan-kawan dia macam tak berapa nak 'layan' si kakak. Malah bestfriend kakak pun sama menjauhkan diri dari kakak! 

Hurmm .... patutla sayu kuyu je muka kawan tu masuk dalam kereta. Tapi sebelum nak cakap apa-apa, macam-macam aku tanya balik pada dia. Mungkinkah itu hanya mainan perasaan dia je. Lagi satu, aku takmo terus 'jatuh hukum' mengatakan kawan dia jahat dan sebagainya. Mungkin juga ada benda yang kakak buat salah tapi terlepas pandang. Tak suka nak buruk sangka kat orang membabi buta macam tu, tapi aku juga taknak kakak fikir aku tak percaya cerita dia. Haihhh ... susahnya nak berlaku adil T_T

Kes kakak ni tak la serumit mana, kalau nak dibandingkan dengan buli secara fizikal. Cuma aku tahu emosi dia terganggu gara-gara hal tu ...

Kak ... jangan sedih jangan risau. Kakak buat macam biasa je. Kalau diaorang taknak kawan ngan kakak, cari dan bergaul dengan kawan lain. Lepas ni kakak jangan berkawan hanya dengan kumpulan tertentu. No more geng atau bestfriend. Berkawanla dengan semua orang dan sebaiknya elakkan dari bergaduh. Perjalanan kakak masih jauh lagi, bestfriend kakak bukan hanya di sekolah rendah. Kakak akan jumpa bestfriend lain di sekolah menengah, universiti, tempat keje. Buat je la macam biasa. Kalau diorang nak kawan ngan kakak alhamdulillah. Tapi ingat, jangan sampai awak kena 'pijak' ngan sapa-sapa. Jangan kerana takut hilang kawan, awak ikut je kemahuan diaorang. No way .... faham??




Senyap sunyi je la dia dengar aku berceloteh. Bila aku cakap boleh ke tak? dia angguk je. Hurmm ... harap-harap dia ok la. Pagi tadi pun aku kasi peringat lagi kat dia. Tenang dan buat je macam biasa. Jangan ikutkan sangat perasaan tu, insyaAllah nanti elok la balik tu. Takmo la disebabkan hal tu dia jadi macam tak bersemangat dan moody je nak pergi sekolah. Kalau ikutkan aku, malas nak masuk campur budak-budak bergaduh ... pandai-pandaila korang setel sendiri. Tapi, bila dah muka monyok macam tu kesian pulak kalau aku tak bagi kata-kata perangsang kat dia hehe...


7 comments:

  1. Apa pun juga memang kita kena masuk campur hal anak-anak. Tak boleh bagi dia setel sendiri apa lagi masih usia mentah. Itulah pentingnya kita kena kenal mak-ayah pada kawan baik anak kita. Boleh diselesaikan. Kakak pernah menghadapai situasi ini. Hasutan salah seorg buat kawan baik menghindarkan diri tapi bila si ibu dua-dua pihak tahu semua kembali pulih. Moga tak menjejaskan pelajaran kakak tu. Kesian dia..

    ReplyDelete
  2. Bgs la sis bg kata2 mcm tu sekrgnya dia x down Dan blh pk mn baik dan buruk..

    Bukan kata budak, klo org Tua pn Kalo kwn bt mcm tu Akan sedih..

    ReplyDelete
  3. lahai..sian kakak. xpe, nanti kawan-kawan kakak oke balik la tu =)

    ReplyDelete
  4. nanti mmisti ok balik tu . Budak budak mmg cam ni . Bagus Anim pujuk dia...kalau kita pun misti rasa down juga kan

    ReplyDelete
  5. kakak..kalau takda kawan.. kakak g cari boypreng .. kehkehkeh :P

    ReplyDelete
  6. Alahai..itu la anak2 kan..emosi mudah terganggu...biasa la tu budak kan...

    ReplyDelete
  7. Tulah kan... mmg kesian bila hal mcm ni terjadi kat anak2.. mmg kena bagi semangat biar dia tak rasa sedih sgt... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.