Assalamualaikum!
Ok, ni cerita lama sebenaqnya hehe. Dok godek-godek folder gambar tetiba terjumpa folder 'meeketamparit30'. Cari punye cari dalam entri blog ..takda pulak! Sah .. aku belum story lagi ni hehehehe ... so jom baca entri makannnn!
Pada satu hari, kami terborak pasal nak makan kerang kat Parit Buntar yang pernah viral satu masa dulu. Tapi, disebabkan Pak Jelan tak tahu mana duduknya kedai tu maka kena tukar plan! Dan akhirnya kami ke sini dengan izinNya.
Kedatangan yang tak dirancang. Nak mencarinya pun kami terpaksa guna Google Maps hehe ... alhamdulillah sampai jugak ke kedai ni. Nak terangkan jalan mana kami ikut aku tak berapa pandai sebab ni bukan kampung aku ... lagipun jalannya ke dalam sikit bukan di tepi jalan besar.
Kami sampai dalam tenghari kot .. time ni tak berapa ramai pelanggan, so pilihan makanan banyak dan tenang nak makan tak perlu menunggu lama.
Sebelum menunggu makanan tiba ke meja ... kami layan pemandangan kat sini dulu :)
Motif buat muka macam tu??? haha
Rupanya kat sini ada perkhidmatan meronda sekitar muara dengan bot. Tapi aku lupa nak amik gambar berapa bayarannya untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Yang aku ingat harganya agak berpatutan, so kalau korang datang ke sini dengan family jangan lupa naik bot k.
Kat kedai takda menu, sebab segala menu dah terpampang kat atas nu. So, korang tengok dan pilih je la dari situ. Kebetulan rezeki kami nak merasa mee ketam hari tu, so dah tentu pilihan kami ialah mee ketam! huhu ...
Selain tu ada mee udang dan mee siput kemudi jugak. Kami pilih mee udang la pasai tak biasa makan mee siput hehe ...
Nak tengok ketam nipah mengamuk?
Nak pilih ketam biar yang betina ..banyak isi katanya. Aku tengok saiz diaorang lebih kurang sama je hehe tapi kita ikut je la cadangan pemilik kedai tu, Harga ketam ni 100gm = RM7.00, bila timbang beratnya 600gm. So, boleh kira berapa harga semangkuk mee ketam kami? heee :D
Sementara menunggu mee ketam dan mee udang kami siap, kebetulan tengok ada pakcik ni tengah gunting 'misai' udang di satu sudut. Udang laut baru naik, banyak pulak tu ... perghhh mesti manis ni!
Dah siap! Jempuutttt .... tengok! ^^
Mee Ketam Parit 30 - RM45 (campur upah masak)
Mee Udang Biasa - RM4.50
Ayah suap anak.
Memula 'jual mahal' takmo makan,
sekali ayah suap ...haaa tak cukup seekor laaa!
Dah makan .. semua pakat tengok ikan pulak :)
Keseluruhannya, makanan kat sini ok la. Yang bestnya isi ketam dan udang manis. Tu belum order lagi udang laut segar dia! Kuahnya biasa je pada tekak aku. Tetiba rindu pulak pada Mee Udang Port Weld atau Mee Udang Mak Teh heeee :D. Apapun, ok la dapat merasa mee ketam kat sini hehe ...
Oh..enty ni memang kejam la...terus akak teringin ni...sib baik x de berisi ke apa..klau ada sure kena pi carik...nak yg macam ni jugak....
ReplyDeletebukan akak sorang je teringin .. saya pun teringin balik nak pergi sana hehe :D
Deletesimple betul kedai dia..
ReplyDeletenampk mnarik plak siap ada bot g jalan2.
boleh terjah ni kalau ada dekat.
aah shark ..simple bebenor macam warung biasa. Tapi yang best boleh naik bot la hehe
Deleteya allah.. 5 tahun duk area permatang pauh taktau tempat kt kuala kurau nih.. selalu pergi mkn kat kampung nelayan Juru je.. nanti balik msia nak try cari tempat ni.. saje lah.. nak rase yg kuala kurau punye.. tapi yg kt kampung nelayan juru tu sedap tau.. hanim pernah try?
ReplyDeleteSaya tak sampai lagi kat Juru tu sis ..hehe. InsyaAllah kalau ada rezeki nak juga ke sana :)
DeleteOhhh ketam tu pandai dia display ketam tu cantik dalam mangkuk berlekuk lekuk...sedap ye...tu lah kadang2 kedai yang dok ceruk kampaung susah juga kita nak story bg tau jalan cm ne kan...best sebab dpt mkn fresh
ReplyDeleteaah ju, sebab orang dok viralkan mee ketam ni dan kebetulan dekat sikit ngan kampung .. tu yang nak try tu hehe
Deletewow jauhnya sampai ke sana.. nasi gulai semilang pun top kat area sana.
ReplyDeletetak jauh sangat dari parit 3 cuma kena masuk ke dalam sikit nak sampai sana. Nasi gulai semilang tu tak tau kat mana haha
DeleteWahh baru tau tempat ni... tengok hidangan mee ketam tu jadi tak tahan... terbuka selera. Satu masa kena pergi singgah ni... bestnya..
ReplyDeletesinggahlah nanti abg khir, mana tahu kena ngan selera keluarga ke :)
Deleteoh..ketam..baru tgk citer kore dgn ketam kelapa die..besar..baru puas hati mkn
ReplyDeleteBesaqnya ketam tu..memang sedap ah makan
ReplyDeletex pernah sampai lagi.. mayb balik ni boleh try cuba.. thanks hanim
ReplyDeletesaya orang kuala kurau pun tak pernah makan lagi. huhuhuu... tapi untuk info banyak lagi port makan best kat kuala kurau mcm nasi gulai sembilang kat peka kuala kurau, sate mamu, shellout, ketam kulit lembut dan mcm2 lagi.. nyum2
ReplyDeletewahh best tu, insyaAllah teringin nak try menu lain pula nanti kat sana terutama sate dan shellout. Terima kasih atas infonya ya :)
Delete