Breaking

Tuesday, September 27, 2016

Gejala Diabetes & Tanda-tanda Awal Penyakit Buah Pinggang


Assalamualaikum!


Setiap kali pemeriksaan kesihatan, memang ada rasa cuak sikit yang ni. Sebab aku pernah 'kantoi' 2 tahun lepas bila pakar tu cakap buah pinggang aku bermasalah sebab ada protein dalam urin. Memang risau dah aku masa tu sampai dia sarankan aku pergi buat pemeriksaan lanjut di hospital dan banyakkan minum air masak. Takut punya pasal aku tak pergi huhu tapi aku nekad banyakkan minum air masak lepas tu. Dan alhamdulillah bila check balik, ujian urin aku dah kembali normal.

Orang mungkin nampak luarannya seperti tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Tapi hakikatnya samada kita kurus atau gemuk, kita juga terdedah dengan risiko penyakit buah pinggang. Jangan ingat orang yang ada masalah berat badan je berisiko untuk kena diabetes dan penyakit buah pinggang. Yang kurus pun berisiko!




Apa itu Diabetes?
  • Diabetes adalah keadaan dimana pankeras tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau insulin tidak digunakan secara berkesan. Ketidakseimbangan insulin mengakibatkan paras gula dalam darah badan meningkat, akhirnya merosakkan organ-organ didalam badan

Jenis-jenis Diabetes

1. Diabetes Jenis I
  • Kira-kira 5% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • berlaku terutamanya dikalangan orang muda berumur 20 tahun kebawah
  • disebabkan oleh kegagalan pakreas untuk menghasilkan insulin atau terlalu sedikit insulin dihasilkan
  • mereka memerlukan suntikan insulin

2. Diabetes Jenis II
  • Kira-kira 95% orang menghidapi diabetes jenis ini
  • biasanya berlaku dikalangan dewasa berumur 30 tahun keatas
  • badan tidak dapat menghasilkan insulin secara berkesan
  • dikawal melalui pemakanan, senaman dan/atau ubat-ubatan/insulin
  • berkaitan dengan kegemukan dan gaya hidup yang tidak aktif

Apakah Paras Gula Darah Saya?

1. Paras glukosa darah normal dikalangan orang yang TIDAK MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 4.4-6.1 mmol/L
Tidak berpuasa - 4.4-8.0mmol/L

2. Paras glukosa darah normal dikalangan orang YANG MENGHIDAPI DIABETES

Berpuasa - 5.0-7.2 mmol/L

Tidak berpuasa - <10.00 mmol/L

Apakah Tanda-tanda & Gejala Bagi Diabetes?
  • Kerap kencing
  • Terlalu dahaga
  • Letih
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Perubahan penglihatan secara tiba-tiba
  • Kebas pada tangan atau kaki
  • Luka yang lambat sembuh

Apakah Faktor-faktor Risiko Bagi Diabetes?
  • Sejarah penyakit diabetes dalam keluarga
  • berat badan berlebihan
  • umur 40 tahun ketas
  • sejarah bayi besar 
  • sejarah menghidap diabetes ketika mengandung

Apakah Komplikasi Diabetes?
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Penyakit jantung dan strok
  • Komplikasi pada mata
  • Kerosakan saraf
  • Pemotongan anggota badan
  • Mati pucuk

Tahukah anda? Lebih dari 3000 kes baru bagi kegagalan fungsi buah pinggan peringkat akhir dikesan di Malaysia setiap tahun, lebih 55% daripadanya menghidapi penyakit diabetes.

Bagaiamana Diabetes boleh mempengaruhi badan dan buah pinggang anda?
  • Mungkin kerosakan saluran-saluran darah kecil didalam badan anda dan mempengaruhi buah pinggang, mata, kulit, saraf, otot, usus dan jantung. Selain itu, tekanan darah tinggi dan kekerasan pada arteri boleh menyebabkan penyakit jantung
  • Paras gula yang tinggi akan menambahkan tugas buah pinggang, akibatnya kerosakan pada unit penapis dalam buah pinggang berlaku. Ini membawa kepada kebocoran protein dalam air kencing
  • Diabetes menambahkan risiko kepada jangkitan saluran kencing kerana kandungan gula yang tinggi dalam air kencing.

Bagaimana Kita Nak Tahu Jika Buah Pinggang Bermasalah?

Pada peringkat awal, mungkin tiada tanda. Walaubagaimana pun korang boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan protein dalam air kencing. Sekiranya kegagalan fungsi buah pinggang berlaku, anda mungkin akan mengalami :
  • Keletihan
  • Rasa mual, muntah
  • Keletihan
  • Bengkak pada kaki, pergelangan tangan, tapak kaki atau bengkak pada mata
  • Berat badan bertambah kerana cecair tidak dapat dikeluarkan
  • Sesak nafas

Bagaimana Boleh Kita Cegah Penyakit Buah Pinggang Yang Disebabkan oleh Diabetes?
  • Mengikuti rawatan yang ditetapkan bagi mengawal gula dalam darah
  • Mengawal tekanan darah pada 130/80 mmHg
  • Mengawal paras kolesterol melalui makanan dan ubat-ubatan jika perlu
  • Mendapatkan pemeriksaan kandungan proteion dalam air kencing setiap tahun
  • Mendapatkan pemeriksaan darah untuk fungsi buah pinggang
  • Merawat jangkitan saluran kencing diperingkat awal
  • Amalkan makanan sihat yang kaya sdengan serat, rendah lemak, natrium (garam) dan kolesterol
  • Mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul
  • Bersenam 30 minit setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  • Berhenti merokok

Penyakit buah pinggang merupakan pembunuh senyap! Tanda-tanda dan gejala hanya muncul pada peringkat akhir penyakit buah pinggang. Ujian dan pemeriksaan awal adalah langkah terbaik sekiranya korang berada didalam risiko tinggi. 


kredit info : www.nkf.org.my

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.