Assalamualaikum!
Sekelip mata je dia berubah! Dari seorang kakak yang garang macam guru displin berubah jadi seorang yang penyayang dan lemah lembut. Dari seorang yang 'keras' ketika bercakap terus berubah jadi seorang yang tenang dan pendiam. Hanya kerana seekor kucing ...
Dia akan duduk disitu takkan bergerak kemana-mana bila ada kucing manja datang minta dibelai. Takkan dihirau adiknya yang ajak dia berlari-lari main. Tengoklah anak kucing tu .. lena elok dalam dakapan kakak. Urut kepala sikit dah lentok hehe. Teringin nak simpan seekor katanya, tapi kami cakap tunggu kakak darjah 6, kalau rajin kemas rumah baru bagi dia bela.
mendodoi 'anak' kesayangan
gedik punya anak kucing :p
Kemain lentok si miau tu! Nyampah pulak nengok. Aku cakap ketiak kakak masam sebab tu dia lena elok hahaha. Nakal betul nyakat anak macam tu. Bukan aku je jeles, si Mira pun jeles tengok kakak dia manjakan lebih si kucing tu. Saje dia kacau pi jerit kat telinga kucing tu suruh bangun, tapi selamba juga 'kawan' tu pejam mata haha.
Sudahnya kami main ngan kucing lain kat situ ...
kesian telinga takda :p
Hahaha..amboi kemain lagi ye,yang kucing pun manja sakan ya..
ReplyDeletebagusnyaaa :3
ReplyDelete