Assalamualaikum!
Kalau dah kena bangkit pukul 3-4 pagi hanya kerana seekor lipas merayap di tepi ko ketika sedang tidur, aku rasa itu sudah melampau! haha. Adehh ... berani sangat dah binatang berkaki enam ni sekarang ye. kalau time lampu rumah menyala dan 'dia' datang memang aku cakap,"ko keluar ko mati!". Pastu 'dia' kuar jugak memang aku libaskan aje dengan pemukul lalat tu.
Tapi kalau time malam bergelap dan semua tengah tido, memang tak dapat la nak monitor dia muncul dari celah mana. Tau-tau buka mata sesungut dia dah melambai-lambai kat kita hahaha ....eiiii!
Macam-macam semburan dah aku gunakan untuk halau/bunuh itu haiwan berkaki enam. Tapi dari saluran mana ntah dia masuk, keturunan dia ade je mengacau dalam rumah tu. Aku tak suka sangat guna penyembur serangga, sebab sakit hidung dengan bau dia. So, cik abe aku beli yang ni dari Pasar Pudu.
Ubat penghalau serangga ni harganya RM15 kat Pasar Pudu. Cik abe aku pernah beli sebelum ni tapi bunuh lipas dalam kereta je. Kali ni guna untuk di rumah pulak, tengok macam mana hasilnya.
Aku sembur pagi sebelum pergi kerja dan balik rumah petang dah nampak bangkai-bangkai anak lipas bergelimpangan atas lantai di dapur huhu. Tapi ada masa lipas tu tak mati tapi dia 'duduk' statik je kat situ. So, capai je pemukul lalat tu dan zassssss ... haha puas!