Assalamualaikum!
Walaupun kakak dan adik bukan pembawa bekal yang tegar ke sekolah, tapi ada masanya bila diaorang teringin nak bawa bekal. aku akan cuba bagi yang terbaik. Tapi makanan tu kena ikut selera dan tekak diaorang la. Kalau aku hias cantik-cantik macam bento dengan tomato atau buah ceri atau salad ke, alamatnya memang kena tolak mentah-mentah la hehe.
Aku akui makanan yang dibekalkan untuk diaorang tu biasa-biasa je macam nasi goreng, nasi lemak, roti jala, makaroni, spaghetti goreng telur atau roti kaya. Style kakak, kalau bekalkan dia makanan kena lebih sikit sebab sekarang ni selera makan dia dah bertambah baik. Yang adik pulak, kalau bekalkan nasi kat dia cukuplah satu senduk je letak. Kalau aku letak lebih dari 2 senduk atau penuh macam kakak, balik umah kang memang kena bebel la dengan dia. Pastu dia bagi alasan tak dapat habiskan makanan tu sebab aku letak banyak sangat ....boleh cenggitu??? T_T
Haihhh ...macam mana la nak berisi badan tu kalau makan satu senduk je T_T
Beralih kepada kakak ...
Setiap kali dia bawa bekal, dia akan balik bercerita dia kongsi makanan tu dengan siapa hehe. Dan dia akan cerita betapppppppaaaaaaaaaaa sedapnya makanan yang ibu bekalkan tu sampai kawan-kawan dia suruh dia bawa bekal lagi ke sekolah. Haaa mau terjungkit jugak hidung ibu ni bila kawan-kawan kakak memuji makanan yang ibu bekalkan. Walhal ibu bekalkan nasi goreng telur je ... haha :p
Sama jugak ngan minggu lepas, aku bekalkan kakak dan adik bubur bersama telur goreng dan kicap. Tu memang selera diaorang la tu. Yang pedas memang takmo la. Takpela, janji bubur ni awak berdua makan time rehat nanti. So, balik petang tu dia bercerita la kawan-kawan dia puji bubur ibu masak sedap, sampai licin diaorang makan! Terjungkit lagi hidung ibu ... wakakaka.
"Dah tu ... kakak makan tak?"
"Makan ... kakak makan jugak"
Aku tak kisah sebenarnya dia berkongsi bekal tu. Aku risau dia tak makan je, sebab nak bagi laluan kat kawan dia. Bila kawan puji sedap, lagi kembang la hidung kakak tu haha. Siap cakap kat aku nanti letak banyak sikit, boleh share lagi ngan kengkawan huhu.
Bagi aku berkongsi bekal makanan dengan kawan ni bukan satu masalah besar sebenarnya. Tapi lain orang lain perspektifnya. Bukan ape, risau anak tak berapa nak kenyang makannya. Kalau buat ala-ala potluck tu takpela jugak. Boleh bertukar-tukar lauk atau makanan dan merasa sorang sikit. Tapi, kalau dah ko sorang je yang bawa, yang lain tukang perabih ... tertanya-tanya juga, kawan awak tu tak bawa duit belanja ke sekolah ke?
Aku pun ada ajukan persoalan ni di FB, dan respon yang aku dapat dari rakan-rakan yang terdiri dari ibu dan bapa juga berbeza mengikut pendapat masing-masing ...
Terima kasih pada yang sudi bagi komen dan pandangan. Kebanyakan yang komen ni para ibu, maklumla memang tugas ibu siapkan bekal makanan untuk anak hari-hari kan. Jadi, dah tentu diaorang sering berhadapan dengan situasi seperti aku. Majoritinya ramai yang tak kisah anak berkongsi makanan dengan kawan, yang penting anak kita pun sama dapat makan. Lagipun tak salah kan berkongsi rezeki dengan orang lain. Apapun pandangan mereka, aku setuju kerana ibubapa mana yang tak prihatin terhadap anak mereka kan ;)
Apapun, bagi aku berkongsi makanan itu lebih baik dari kena pau duit belanja betul tak? Aku pun tak menghalang kalau anak-anak nak berkongsi makanan dengan kawan diaorang. Takkan la aku tergamak nak halang ... yang penting kakak dan adik pun dapat sama makan.
Korang pulak macam mana? :)
My boys pun selalu ada je kawan kongsi makan bekal diorang. Walaupun bekal roti bun je.
ReplyDeleteYup berkongsi takpe..taoi jangan kawan dia makan banyak anak akk dpt sikit..melampau tu
ReplyDeleteSaya pun tak kisah anak2 kongsi makanan ... Tapi dalam kes anak saya dulu, bukan kongsi, kena pau ... Sebab kawan2 dia tak bawak bekal pun ... Bila kengkawan beli makanan tak plak dikongsi ngan anak saya ... Kadang2 lepas balik sekolah, lapar kata nyer ... Kat sini ler bermula nyer anak2 tak mo bawak bekal dah ... Depa nak beli kat kantin n terus makan ... Cuma saya bekalkan anak2 air jer ...
ReplyDelete