Breaking

Friday, October 28, 2016

Sedikit kelainan di Carbootsale Kota Damansara


Assalamualaikum!


Saban minggu, suasana carbootsale di Kota Damansara memang meriah. Meriah dengan peniaga, meriah dengan barang. Untuk minggu lepas, kami nak cuba kelainan sikit dengan meniaga kasut. Haaa rupa-rupanya banyak juga koleksi kasut-kasut lama kami anak beranak yang masih elok tapi dah tak muat tersimpan rapi di rumah tu. 

Cari punya cari, banyak pasang jugak kami dapat kumpulkan. Ada yang kasut berjenama, kasut kulit, kasut kanak-kanak kepunyaan dua beradik tu tapi masih elok dan boleh dipakai. 


pelanggan pertama kami :)



Alhamdulillah, cuaca hari tu sangat la baik. Redup elok je sepanjang pagi. Seronok tengok peniaga-peniaga semangat kemas barang masing-masing kat tapak meniaga. Kami siap je set up barang pelanggan pertama kami datang. Akak dan abang kat atas ni nak beli seterika rupanya. Tak sempat aku nak snap gambar seterika tu hehe. Terima kasih kerana sudi datang beli ngan kami :)




Pertama kali dalam sejarah, dua beradik ni tak tido start bangun pagi sampai lah habis meniaga! Setia diaorang duduk kat tapak jaga barangan. Bukan ape, sebenarnya diaorang excited sebab minggu tu jual kasut ... hahaha. Sebelum ni asyik jual baju je kan, kali ni diaorang pun nak join jual barang diaorang sendiri ;)



Beria brader ni belek jubah

Beli kasut terus pakai :)


Antara pelanggan yang menarik perhatian kami, abang kat atas ni yang beli kasut but kepunyaan Pak Jelan. Masih elok dan kulit original. Dari pagi dah ramai yang pegang kasut ni, tapi abang ni juga jadi pemiliknya. Belek punya belek, try pakai dan muat! Terus dia sarung kat situ jugak hehe. Terima kasih sebab sudi beli ngan kami :)

Tak sah kalau tak jalan 'cuci mata' kan. Jom tengok apa lagi barang yang ada dijual di carbootsale Kota Damansara hari tu ;)













Happeningggg sangat! Minggu gaji nanti lagi happening insyaAllah ;)


8 comments:

  1. Baguslah Hanim. Kalau tempat kakak ada macam ini kakak pun jual juga barang kakak yg dlm stor tu.

    Habis ke semua yg Hanim jual? Maklumlah anak dara yg jadi penjual tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah banyak juga yang terjual kaka :)

      Delete
  2. salam kak menarek la bagus nyaa akk sekeluarga join! sebenarnya dekat je ngn umh sy ni tp x pernah p huhu bile tgk akk join rasa nk join la pulak wahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam join jangan tak join suzai. Kalau ada barang pre loved, inilah tempatnya hehe :)

      Delete
  3. bestnya...nampak meriah.. berapa bayar tapak ni hanim? semoga rezeki hanim sekeluarga melimpah ruah hendaknya..amin..

    ReplyDelete
  4. Pergh!! Meriahnya.. saya nampak bahan bacaan di situ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.