Assalamualaikum!
Alhamdulillah hari ni selsema menyerang seawal time breakfast pagi tadi. Nak bercakap ngan orang pun duk cover mulut ngan tisu takut virus bebas berterbangan diudara huhu. Mujur malam tadi dah lepas hajat nak pekena char kuey tiow kat gerai yang selalu kami lepak sekeluarga. Rupanya tukang masak tu, bini dia baru bersalin. Patutlah setiap kali lalu depan gerai dia, asyik bergelap je hehe ...
Malam jumaat malam gaji haha. Tak payah yang mahal, yang sempoi macam char kuey tiow ni pun ok dah bagi aku. Asalkan takda tauge hehehe :p
Sementara menunggu char kuey tiow kami masak, kakak cakap dia dah hafal surah al-Balad ayat satu sampai tiga belas. Haaa apa lagi ... aku pun suh dia test baca kejap.
Alhamdulillah dapat hafal ayat satu sampai tiga belas. Walaupun bacaan dan makhrajnya masih perlukan lebih banyak lagi pembaikan, tapi alhamdulillah dia boleh sampai ke tahap ni. Last time dia dapat hafal surah al-A'la, aku happy sangat. Lupa pulak nak tanya dia adakah dia masih ingat surah tu. Aku sendiri pun terhangguk-hangguk nak ingat satu demi satu baris ayat hukhuk >.<
No comments:
Post a Comment