Breaking

Wednesday, October 12, 2016

Sukan Tahunan | Pingat Pertama Mira


Assalamualaikum!


Buat kali pertamanya, anak den masuk acara olahraga. Anak den yang mana? Si Mira la .. macam tak percaya je dia terpilih masuk acara larian. Bukan tak yakin dengan bakat dia, bukan tak percaya dengan kebolehan yang dia ada. Tapi selama ni dia tunjuk bakat membaca, menyanyi, menari dan merajuk aje. Tak perasan pulak bakat larian pun dia ada ... hehehehe.

Diaorang ni dari zaman sekolah tadika lagi memang agak aktif dengan aktiviti dan sukan. Baik dari acara konsert sekolah, hafazan Quran, tari menari, atau sukan, memang nama diaorang sokmo kena panggil ngan cikgu. 



Hari kejadian jatuh pada 9hb Oktober bersamaan dengan hari Ahad. Kalau nak diikutkan perancangan asal kami, hari tu aku dan cik abe terpilih sebagai pemenang untuk satu acara larian. Tapi keutamaan dah tentu pada anak-anak, tambah hari tu adalah hari penting untuk kakak dan adik menunjukkan bakat sukan yang ada pada diaorang. Dah tentu kami kena bagi semangat lebih kat diaorang ;)

Tahun-tahun sebelum ni, kakak kena masuk perbarisan tapi start tahun lepas dia masuk tarian. Katanya dia tak suka dah masuk perbarisan .. panas kena berjemur pastu lenguh kaki kena berdiri lama hehe.






Tanpa membuang masa, moh kita ke acara pertama iaitu larian 100meter dan 75meter tahap 1. Tumpuan kami suami isteri sudah tentu tertumpu pada Mira dalam acara larian 75meter. Kakak pun jeles Mira dapat masuk acara ni, sebab kakak dari darjah satu asyik tak lepas je ujian saringan. Ibu cakap takpe, tahun depan kakak boleh cuba lagi yang penting jangan putus asa k. Masih ada masa untuk kakak berlatih ;)

Bila hampir tiba acara pertama pagi tu, Mira dan kawan-kawan dah mula beratur dalam satu barisan bersedia untuk acara masing-masing. Yang aku pulak berdiri di garisan penamat, acah-acah konon nak tunggu anak la kat situ hahaha. Tiba cikgu umumkan untuk acara 75meter, aku tengok dari jauh susuk kecik dengan rambut ikat 'siput' dah ready di garisan permulaan. Konfirm Mira la ni sedia nak berlari! Wisel ditiupkan dan mereka pun mula berlari semakin laju menuju ke garisan penamat. Semakin mereka mendekati ke penghujung, semakin kuat suara aku bersorak "Mira ...Mira ...Mira"! Sekaliii ..... budak tu bukan Mira daaaaaa!hahaha. MasyaAllah .... ibu telah tersalah anak :p





Malunya ibu bukan kepalang hahaha! Silap ibu la camkan rambut ikat 'siput' je, walhal hampir semua pelajar hari tu ikat rambut 'siput' gak haha. Haissh ... sudah tiba masanya ibu kena tukar spek mata ibu ni .. ada sapa2 nak sponsor? hahahaha :p Anyway, kali kedua tu baru betul Mira yang berlari. Buktinya dalam instavideo diatas ;)

Walaupun ibu tersalah sorak kat anak orang lain, tapi Mira berjaya juga melepasi rakan-rakan lain dalam larian tu. Boleh pulak dia senyum time berlari tu haha :p




Setel acara larian Tahap 1, acara sukaneka pula seterusnya. Kakak dan Mira macam biasalah mewakili rumah sukan masing-masing. Gambar kakak time ni tak banyak, sebab memang payah dia nak bergambar. Kalau dia bergambar sorang, suh pandang kamera pun dia kerutkan dahi je hehe. Tapi kalau ada kengkawan, baru muka tu ada senyum sikit :D

Pemalu ya amat si sulung aku tu! :D


Barulah ada senyum sikit ye kak :D


Dalam acara sukaneka, kakak dan adik berjaya dapat no.1 dan no.2 dalam acara masing-masing. Alhamdulillah dan tahniah anak-anak ibu! :)







Macam biasa acara penamat ialah acara ibubapa. Tahun ni aku tak masuk, walaupun kakak dok paksa suh masuk gak. Bukan ape, tiap-tiap tahun acaranya sama je... rebut suratkhabar gumpal jadi bola haha. 


Acara bapa

Acara mak

penat dah muka masing-masing :D

Mira tak larat nak senyum. Dia nampak bantal je tu :p

Her first gold medal :)


Teringat ibu, dulu baik kakak atau Mira kalau berlari tak sah kalau tak 'cium' tanah. Ibu cakap Mira jatuh sebab kaki lembik tak makan sayur, Tapi hari ni Mira dah buktikan, Mira dan kakak boleh lakukan yang terbaik dalam sukan. Ibu harap dalam bidang-bidang lain pun Mira dan kakak akan lebih menyerlah. Yang penting, jangan tinggal solat dan khatamkan iqra' k ;)

1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.