Assalamualaikum!
Kerja lima hari seminggu, jadi masa bila aku boleh kemas rumah? kalau hari bekerja takkan dapat kemas sepenuhnya, jadi kena la tunggu hari Sabtu. Hari Ahad dah tentu kena pergi meniaga, so sebelum tinggalkan rumah haruslah sebersih-bersihnya dan sewangi-wanginya supaya bila bukak pintu ... auummm wangi je rumah 😉
Rutin ibu berkerjaya macam aku ni kena selalu 'curi' masa untuk pastikan kerja rumah setel setiap hari. Mujurlah cik abe pun selalu menolong buat kerja-kerja rumah, kalau tak jiwa ni rasa tak tenang je tinggalkan rumah dalam keadaan 'kapal pecah'. Tapi, kadang-kadang aku 'tersungkur' juga kepenatan dan masa itulah aku perlukan pertolongan pakar 😊
Dulu aku sangka, orang yang ada pembantu rumah ni orang kaya je. Tapi skeptikal aku tu dah tak boleh diterima di zaman ini. Sekarang, rakyat marhaein macam kita pun boleh pakai maid la! 😊
Korang ingat shopping je boleh secara online? Sekarang ni nak booking cleaner pun dah online ye! 😉 Disebabkan aku tak pernah ada cleaner, maka bila jumpa laman web Maideasy ni, teringin la nak mencubanya. Ok ke?
Senang betul nak booking Maideasy ni, cumanya korang kena booking awal supaya diaorang boleh aturkan orang untuk datang ke rumah korang nanti. Aku booking 5 hari sebelum tarikh dan aku pilih hari Sabtu sebab time tu je aku ada kat rumah huhu.
Maideasy menyediakan 4 jenis servis :
- Basic Home Cleaning
- Move-in/out Cleaning
- Carpet Cleaning
- Interior Painting
Aku pilih pakej 'Basic Home Cleaning' untuk apartment 2 bilik tidur, 2 bilik air. Lepas tu kita boleh tentukan masa bila kru diaorang boleh datang ke rumah, pagi atau petang.
1 (orang) kru Maideasy = 4 jam
2 (orang) kru Maideasy = 2 jam
Peralatan mengemas sila sediakan sendiri ye, sebab Maideasy hanya hantar kru-kru mereka sahaja 😊 Sehari sebelum kru tu datang, Maideasy dah siap-siap hantar SMS nama cleaner yang akan datang dan pukul berapa dia sampai.
Selain pakej yang ni, aku pilih 'Special Request' untuk bersihkan kabinet dapur dan gosok baju. Memang aku perlukan pertolongan sangat untuk dua task tu 😆
Dan hari yang dinantikan pun tiba. Lebih kurang jam 2.30pm kru yang berkenaan pun sampai ke rumah aku. Sampai sampai je terus dia tanya, "nak kemas yang mana dulu ye kak?", dan terus aku tunjuk .... DAPUR 😂😂
Aku suruh dia buatkan 'special request' dulu, sebab dalam rumah tu bahagian dapur paling 'bermasalah' terutamanya dalam kabinet tu. Mujurlah cleaner Syazwani ni cekap dan berani orangnya, tak gentar dengan makhluk berkaki enam yang dah lama bermastautin di dalam kabinet tu 😥😥
Habis semua periuk belanga dikeluarkan dan tempat tu dibersihkan. Siap dia bagi tips lagi untuk elakkan lipas kembali. Tenang je dia bila lipas 'melintas' di dapan mata. Kalau aku ... hurmmm esok pagi baru masuk dapur la jawabnya 😂😂
Dah setel dapur, time untuk lipat baju pulak. Kerja melipat ni memang kena ambil mood dan dah lama mood aku tak sampai-sampai 😂😂. Mujur cleaner ni tak pengsan tengok 'banjaran titiwangsa' atas katil tu 😝
baju siap dilipat!
baju keje siap digosok!
Dapurku yang carca merba sebelumnya dah bertukar jadi dapurku syurgaku kekdahnya haha. Sejuk mata memandang dapur yang tersusun macam ni. Pintu kabinet di bawah tu pun dah boleh bukak tutup lepas ni, takda la seriau sangat kan 😁
Web : www.maideasy.my
Facebook : Maideasy
Ok..lepas ni mana-mana yang bergelar surirumah boleh cuba try test tengok tau..memang best punyalah.
ReplyDeleteSenang nya kemas rumah kalo macam tu..jimat tenaga, lagi satu, kira berbaloi upah dorang ni.
ReplyDeleteterbaik..:)
ReplyDeleteWahh...macam best je ni. Semua cleaner tu Malaysian ker? Murah pulak tu... Nnti nak cuba juga. Thank for sharing (^^,)
ReplyDeleteRegards,
SNM_Yana Afi Mohamed
ye sis, cleaner diaorang Malaysian :)
Deletewah bagus ni, murah pulak tuh kan
ReplyDeleteSama laa kita...lemah je bab cuci kabinet dapur tu hahaha
ReplyDeletehahaha..kalau bab dah periuk belanga macam tu memang kena panggil orang la
ReplyDeleteSenang sekarang kan..maid pun dh ada yg mudah mcm ni...akak dpt gak offer ari tu tp utk kawasan seremban diorang x cover
ReplyDelete