Breaking

Tuesday, November 01, 2016

Harga minyak naik, pengguna kereta macam kami terkesan!


Assalamualaikum!


Rata-rata yang mendapat tahu tentang kenaikan harga minyak bulan November ni sangat kecewa dengan berita tersebut. Minyak naik harga bermaksud lepas ni harga barang keperluan, makanan dan perkhidmatan akan turut naik! Yang hidup mewah kena ubah ke sederhana, yang sederhana kena ubah ke berjimat cermat, yang dah berjimat cermat nampaknya kena 'ikat perut' pulak la ye! >.<




Memang diakui, pengguna kereta macam kami ni sangat terkesan dengan berita kenaikan harga minyak ni. Dah la hari-hari travel KL-PJ-KL, nak tak nak memang kena bawa kereta jugak! Kalau isi RM50 hanya mampu bertahan 2-3 hari je. Maknanya seminggu kena stenbai RM100 hanya untuk minyak kereta! Perbelanjaan lain?? T_T

Dan harga barang pula bakal menyusul. Memang mangkuk ayun la kalau ada yang pertahankan harga barang akan kekal pada harga yang sama. Kenaikan sampai 15 sen kotttt! T_T

sumber : mysumber.com


Rasa macam tak mampu dah nak bertahan hidup di Kuala Lumpur ni. Nak pindah balik kampung la ... hidup bercucuk tanam macam zaman British dulu. Sekurang-kurangnya ada tanah, boleh tanam sayur kemudian bela ayam macam mak buat. Duduk kat bandar ni kerja kuat macam mana pun duit asyik habis kat gst je :(

Tapi duduk di kampung pun tak terlepas dari gst huhu. Kesian pada orang-orang tua yang dah tak bekerja, hanya mengharapkan duit gaji anak untuk sara diri mereka. Tu kalau anak bagi ... kalau tak dapat bagi? T_T

4 comments:

  1. Semakin hari rakyat semakin tersepit..
    Dah tak tau nak ikat perut macam mana lagi..
    Harga minyak naik, conform harga barang semua akan naik mencanak-canak.... Tak denya harga sama je..

    ReplyDelete
  2. Betullah Hanim. Macam kita ni minyak naik akibatnya semua harga barang naik. Gaji still maintain lagi. Kalau naik gaji pun tak dpt nak menampung semua harga barang yg bagai dilambung-lambung naiknya.

    Sedih betul:(

    ReplyDelete
  3. Rakyat Malaysia dah takle nak bernyawa dah sekarang ni..semua benda dah naik..apa nak jadi laaaa huhuhh

    ReplyDelete
  4. Nanti akan ada yg berkata "bersyukur la malaysia masih aman"
    Rakyat yg dicukur skg ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.