Assalamualaikum!
Setiap hujung minggu jika diizinkan Allah, inilah rutin kami sekeluarga. Bermula jam 4 pagi bersiap dari rumah sedia bergerak menuju ke Kota Damansara empat beranak. Melepasi tol Kota Damansara, kami akan berhenti untuk solat Subuh sebelum memecut ke tapak letak kereta untuk mula memunggah barang niaga dari kereta.
Mengantuk? Ya, dan kerana itu ada masanya kami serba salah kerana 'mengheret' sama anak-anak yang masih penat untuk ikut kami berniaga. Pernah aku suarakan pada anak-anak yang mereka tak perlu ikut kalau badan tak larat atau penat. Tapi mereka membantah! Amboiii .. kita nak bagi dia rehat dia takmo pulak yek :p
Kalau tak meniaga minggu tu, mula la si kakak tak keruan! Soalan yang sama dia ulang sampai naik berbuih mulut kita nak menjawabnya. Setiap minggu dia akan tanya, jadi ke minggu ni bu ...?. Haaa tu aku faham sangat la tu ... tak lain tak bukan nak gi meniaga la tu.
Memula dulu bila kami mula-mula nak berjinak berniaga carboot ni, aku ingatkan anak-anak tak berminat atau malu nak berdepan dengan orang ramai di tempat terbuka macam ni. Tapi aku salah .... diaorang suka sebenarnya!
Tambah Mira, dia paling banyak duduk di 'barisan' depan hahaha. Kalau pelanggan beli barang, dia lah pertama yang hulurkan plastik bagi kat kita. Yang kakaknya keluar time dah pukul 9 lebih macam tu .. kasi caj 'bateri' dulu hehehe.
Bila ada dua orang puteri ni, semangat kami nak meniaga lagi membara! Kalau kami terlupa, mereka ingatkan. Alhamdulillah, mereka happy dan seronok setiap minggu. Paling penting, mereka tak malu untuk berdepan dengan orang. Minat dan kesungguhan mereka jadi motivasi buat kami untuk berusaha lebih cari rezeki :)
Alhamdulillah...suka LeYa tengok.. ajar anak2 minat berniaga ni bagus juga sebenarnye..
ReplyDeleteemm..tapi LeYa nak tanya macam mane nak sewa tapak car boot sales ni.. pegi je ke tmpt2 mcm tu atau kene register
sewa tapak RM20, pergi macam tu je masuk terus parking terus bukak bonet. Tak perlu register :)
Deletetak perlu malu untuk bawa anak..selain itu boleh mengajar mereka kan...
ReplyDeleteaah sis, banyak yang mereka boleh belajar dari meniaga macam ni :)
DeleteBestnya meniaga carboot. Nanti dah ada kereta mmg plan nak meniaga, bundle2 ke, baju banyak gila nk jual. Nak cuba beli bundle dr jepun etc.. huhu!
ReplyDeletealhamdulillah seronok jeeb, carboot ni memang ada yang jual bundle. Peminat bundle ada dimana-mana je, tak susah nak cari customer :)
DeleteAlhamdulillah... pengalaman yg sgt bagus buat anak2 ni.. sekolah mana ada ajar dan bukan semua org ada ilmu pengalaman praktikal mcm ni.. best2 :)
ReplyDeletealhamdulillah ... :)
Delete