Breaking

Wednesday, November 16, 2016

Pergi Bercuti Dengan Traveloka Sempena Promosi Hujung Tahun!


Assalamualaikum!


Pejam celik pejam celik, dah nak sampai akhir tahun dah kita ni ye. Cuti sekolah pun dah semakin hampir, mesti ada yang dah mula memikirkan ke mana nak bawa keluarga bercuti kali ni, betul tak? Ye la, hampir setahun tak kemana-mana, asyik dengan kerjanya, sekolahnya, urusan hariannya ... hari-hari ulang benda yang sama. Kan bagus kalau dihujung tahun macam ni, kita ambil kesempatan pergi bercuti tenangkan fikiran sambil-sambil merapatkan hubungan sesama keluarga. 

Kalau korang diberikan pilihan dan cara yang paling mudah untuk mencari tempat percutian mesti korang nak kan kan kan :) So, untuk menghilangkan pening korang aku cadangkan satu laman web yang boleh jadikan impian percutian korang satu kenyataan! Dah la menjimatkan masa, malah korang tak perlu susah payah cari hotel dan tiket penerbangan sebab semua tu korang boleh dapatkan dengan mudah hanya dihujung jari je!




Kat mana nak cari hotel murah dengan harga diskaun yang gempak? Susah ke nak tempah hotel secara online? Ishh ..tak susah mananye kalau korang tempah di Traveloka. Pengguna yang bijak mesti akan gunakan peluang ni sebaik mungkin untuk dapatkan hotel yang diidamkan. Di Traveloka lengkap molek belaka semua ada! 

Pilihan hotel dari 100 buah hotel merentasi Malaysia, Indonesia & Singapore ditambah lagi dengan harga promosi sempena cuti sekolah ni! Means, korang punya percutian tidak terhad dalam negara je tau, pergi bercuti ke Indonesia & Singapore pun masih boleh dapatkan hotel bertaraf bintang pada harga diskaun! Ohsem! :)




INGAT PROMOSI INGAT TRAVELOKA!

Kalau korang yang suka laman web yang memberikan promosi sambil bercuti, maka laman web Traveloka adalah pilihan yang tepat lagi melekat. Korang bayangkan sudahlah boleh bercuti dapat pula keistimewaan lagi dan penghargaan.  Jom kita tengok antara promosi yang korang boleh check out di Traveloka sekarang ;)


1) Just Say Yes!



Promosi ini membolehkan korang mendapatkan potongan hotel dengan cara menempah hotel melalui atas talian sahaja. Kod kupon potongan akan diberikan setelah segala butir -butir didalam laman sesawang lengkap diisi. Nah, aku pasti korang mesti teruja dengan potongan yang diberikan oleh Traveloka. 


2) SPECIAL FARES with Malindo Air



Kalau korang bercadang nak bercuti ke Phuket, Traveloka ada menawarkan tambang istimewa untuk tiket penerbangan satu hala dan dua hala dengan Malindo Air. Cepat-cepat book, ada 2 hari je lagi untuk korang buat tempahan.


Tempahan dari : sekarang - 18 November 2016
Travel dari : 10 November 2016 - 31 Ogos 2017


3) SMARTER TRAVEL BEGIN WITH THE RIGHT CHOICE




Untuk menjadikan percutian korang sekeluarga lebih bermakna dan lebih jimat, sempena cuti sekolah ni Traveloka ada menawarkan promosi untuk hotel dan tiket penerbangan yang korang takkan boleh menolak! Hanya di Traveloka memberikan penghargaan kepada pemegang kad kredit Citibank ;)

Tempahan dari : 1 November 2016 - 31 Januari 2017


Cara Nak Tempah Hotel

Mudah sangat nak tempah hotel di Traveloka. Tiga cara mudah dan korang boleh pilih hotel mana korang nak atau yang bersesuaian dengan bajet korang. So, jangan pening-pening meh aku tunjukkan caranya ;)

1.  Klik sini https://www.traveloka.com/en-my/promotionKlik pada 'Destination/Hotel Name', nanti akan keluar pilihan bandar/negeri yang mempunyai bilangan hotel yang tersedia



2.  Pilih tarikh 'check-in' dan 'check-out'




3.  Klik 'Search Hotels' dan korang boleh temukan pelbagai pilihan hotel yang tersedia dalam senarai!




Mudah kan? semudah menarik dan menghembus nafas je ;). So sekarang, korang mesti dah tahu nak bawa keluarga korang ke mana cuti sekolah ni kan? Nak cari hotel takda masalah lagi, nak tiket penerbangan murah takda masalah lagi. Korang klik je link https://www.traveloka.com/en-my/ dan semua ditanggung beres! Tak perlu nak terhendap-hendap cari kat tempat lain :p



Selamat bercutiiiiiiii! ;)


6 comments:

  1. harga hotel tu murah jugak la. sbb ritu lisa pergi ke desaru pun 600 hrga bilik hahahaa.. tengok kat langkawi hotel murahla dlm 200 mcm gitu. cuti2 skolah biasanya tk dapat

    ReplyDelete
  2. kak nim nak bercuti kat mana nanti? soronok la anak-anak kalau tau ibu nak bawak jejalan

    ReplyDelete
  3. Wah best la. Lepas ni kalau nak pi bercuti boleh rujuk kat traveloka

    ReplyDelete
  4. Wahhhh....mudahnya.....pasti potongang pun gila babas punya gempak

    ReplyDelete
  5. memang rancang nak bercuti..tengok traveloka, murah juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.