Assalamualaikum!
Memasuki fasa musim tengkujuh, bulan November & Disember bakal menyaksikan episod hujan lebat dan keadaan cuaca yang tak menentu. Sepanjang dua tiga minggu dalam bulan November ni pun, aku perasan hujan turun waktu awal pagi sebelum Subuh ataupun lewat malam. Pun begitu, kami masih berkesempatan mencari rezeki meniaga di tapak carboot kebiasaan kami.
Sebelum 6.30am kami dah sampai di tapak carboot. Saat nak masuk parking dah boleh nampak ramai peniaga yang sampai lebih awal dari kami sedang sibuk susun barang niaga masing-masing. Malah, ada yang sanggup tido dalam kereta semata-mata nak cop tapak parking disitu.
Selalunya bila dah masuk parking, kami akan terus buat apa yang patut dulu. Takda masa nak melenggang kangkung, kena susun barang niaga cantik-cantik sebelum pelanggan datang. Tapi pagi tu, kami 4 beranak duduk dulu sambil tenung ke arah langit. Masih gelap ... walhal dah hampir jam tujuh!
Terasa titisan hujan halus menyentuh pipi dan tangan kami. Kakak dah kasi warning,"buu...hujan la bu". Hurmm .. takpa, kita tunggu sat lagi baru susun barang ...
Hampir jam tujuh lebih dan begitulah keadaan langit ketika itu. Ni baru betul awan mendung berarak kelabu hehe. Tapi semua peniaga masih setia di tapak masing-masing dan mengeluarkan sikit demi sikit barang niaga untuk disusun dan diperagakan. Yang ada payung ok la, boleh lagi berteduh kalau hujan turun. Seram juga tengok warna langit gelap macam tu, tapi kami tawakal je la ... Pak Jelan cakap kalau hujan lebat tetiba kita campak je semua barang masuk bonet hehehe.
Akhirnya hujan rahmat turun membasahi tapak carboot. Mujur kami ada penutup plastik yang boleh tutup barang niaga. Payung kami guna untuk lindung baju-baju yang bersangkut.
Hahaha ... dah macam gaya apa dah aku ni. Time ni tak jumpa plastik nak tutup barang lagi, so aku guna payung dulu sementara Pak Jelan mencari. Masa ni aku dah rasa seram sejuk semacam, terpaksa pakai jaket.
Kesimpulannya, hari tu kami hanya sempat meniaga beberapa jam je, bukak pun lambat sebab nak tunggu hujan berhenti. Bila dah bukak, hujan turun lagi tapi kemudian berhenti. Pastu hujan makin lebat ... langsung kami kemas dan balik.
Alhamdulillah syukur atas pengalaman meniaga dalam hujan. Ni kiranya first time aku meniaga dalam hujan tau hehe. Balik rumah terus demam ko! 😂
tapi dalam pada hujan tu seronok kan anim
ReplyDeleteseronok tu yang dapat demam tu hehehe
Deletesekarang dah masuk musim hujan kan? dekat tempat saya, kerap hujan, selalu balik kerja dalam hujan. apa pun, semoga rezeki kita semakin bertambah. amin.
ReplyDeletehttp://www.ceritaejoy.com/
aaminnn terima kasih ejoy :)
Deletealahaiii...xpe kak...semoga makin murah lg rezeki lepas ni tau!
ReplyDeleteaaminnn terima kasih Sally insyaAllah :)
DeleteSedikit ujian yang memberikan pengalaman... :)
ReplyDeletebetul kakcik, pengalaman mengajar kita erti kesabaran :)
DeleteAllah... kesiannya sampai demam
ReplyDeleteMemang sekarang musim hujan sama kat JB juga
aah kak, satu semenanjung hujan ni :)
Deleteyer la hanim sekarang cuaca tak menentu.. tak pe la jadikan pengalaman kan..cuma lepas nie kena hati2 jangan sampai demam ok..=D
ReplyDeleteok farah insyaAllah lepas ni sy akan lebih berhati2 hehe. Sejuk sangat badan xtahan huhu
Deleteala kesiannya. dulu saya pernah biz camni jual carboot sales.
ReplyDeleteseronok kan kak :)
DeleteRezeki masa hujan adalah yang teramat bermakna
ReplyDeleteTapi yg peliknya...
Orang yang disini kena hujan
Orang yang disinun yg demam
Apa-apa pun
Rezeki dari Allah
Walaupun hujan atau tidak.
orang disinun pun kena hujan la hehe
Deleteinsyaallah Moga murah rezeki di hari lain...
ReplyDeletehujan rahmat tu...
Sekarang musim hujan... memang agak terganggu sedikit bagi yg berniaga.. tapi xpe.. kite tawakal je..ade rezeki lain utk kita
ReplyDeletebestnya berniaga macam ni..semoga murah rezeki sis
ReplyDeleteCarboot sale kat area mane ni?
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com