Assalamualaikum!
Biasa malam-malam macam ni aku tak hadap blog sangat. Tapi malam ni istimewa sikit la sebab ada cerita ringkas aku nak kongsi tambah satu lagi entri sebelum melabuhkan tirai 2016.
Tahun ni aku berjaya catat rekod bekerja di hari-hari terakhir tahun 2016 hehe. Biasa time minggu-minggu terakhir macam ni aku dah lepak di kampung atau di rumah dengan suami dan anak-anak. Tapi tahun ni sampai ke 30hb Disember aku bekerja, sebab cuti rehat dah habis kekdahnya hehehehehe😆

Hujung-hujung tahun macam ni jugakla, ramai yang amik cuti untuk meraikan tahun baru bersama keluarga. Yang dah habis cuti macam kami ni la memeriahkan suasana hari-hari terakhir 2016 di opis dengan mengadakan potluck!
Haaaa kalau sebut makanan memang semua orang suka makan kan haha. Tambah potluck pulak tu, macam-macam makanan kami dapat rasa. Aku pun tak terkecuali join sama menyumbang roti jala dan kari ayam. Pukul 4 pagi dah 'menjala' dan mengari tau haha.
Potluck bersama geng yang dah kehabisan cuti rehat hahaha. Sederhana tapi meriah. Sederhana tapi penuh keceriaan. Sederhana tapi sangat bermakna.
No comments:
Post a Comment