Breaking

Thursday, December 29, 2016

Renew RoadTax Tanpa Geran Kenderaan


Assalamualaikum!


Alhamdulillah ..urusan renew insurans dan roadtax kereta untuk setahun lagi dah selesai. Hampir semua benda nak kena stenbai duit untuk hujung tahun macam ni. Dengan yuran sekolahnya, dengan barang sekolahnya, dengan bukunya ... kena pastikan semua siap belaka😣

Dua benda ni kalau tak diperbaharui memang susah hati nak lalu mana-mana jalanraya kat Malaysia ni hehe. Mujurlah ingatan ni masih kuat nak ingat bila tarikh akhir kena renew. Sakan sangat jalan meronda sana-sini, tup tup tengok roadtax tarikhnya mati semalam!

So, macam biasala kena renew insurans kereta dulu kan. Tahukah korang? Yang ni pun tak perlu bawa apa-apa dokumen, hanya bagitau je no plat kereta, bayar jumlahnya dan siap! ke aku sorang je yang baru tahu semua ni? haha😂 Maklumla diknon ..hal renew roadtax dan insurans ni dah jadi urusan 'sri paduka baginda' Pak Jelan. Aku tukang peringat tarikh je hehehe... 




Lepas tu, kami pergi JPJ untuk dapatkan roadtax baru. JPJ kat PJ ni kalau tak ramai orang tak sah la kan! Tapi alhamdulillah urusan hari tu dipermudahkan sebab perkhidmatan kaunter diaorang cepat walaupun nombor giliran aku beza 80 orang! Sebelum nak amik nombor tu, tanya dulu kat kaunter pertanyaan boleh ke renew roadtax tanpa geran kereta? Boleh ..hanya tunjukkan IC puan je. Woww ini sudah bagusss! korang dah tahu jugak ke? ke aku yang tertinggal keretapi lagi ni? 😂😂 




'Mati' 28hb ...nak tak nak kena sambung 'nyawa' hidupkan. Kaki tengah 'panjang' nak berjalan ni ..tak syok la kalau kena tahan encik polis sebab roadtax 'mati' kan ekekekeke 😝 


1 comment:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.