Carboot Sale Kota Damansara
Friday, January 27, 2017
Panas terik di CBS Kota Damansara!
Assalamualaikum!
We are backkkkkk! Sebulan lebih 'bercuti', baru minggu lepas start 'enjin' balik. Bulan lepas tak dapat nak join meniaga sebab uruskan hal persekolahan anak-anak dan bawa mereka jenjalan balik kampung. Kemudian, bila sekolah mula buka, ada je benda nak kena setelkan berkenaan dengan buku dan perkara-perkara lain berkaitan sekolah. Natijahnya, kepenatan yang teramat sangat membuatkan kami tak larat nak bangkit pukul 5 pagi untuk ke sana huhu.
Tapi alhamdulillah minggu lepas kami berjaya gagahkan diri untuk bersama dengan carbooter lain di sini memeriahkan suasana panas terik sehingga ke jam 11am! hahaha...dah la dapat parking mengadap matahari ... memang 'masak' kami empat beranak disitu!
Dah 2 kali kami dapat parking mengadap matahari. Nak kata lambat datang, kami sampai kat sana sebelum jam 6 setengah lagi! Bila sampai kat sana, tengok-tengok parking yang redup sikit dah penuh dengan kereta peniaga yang nampaknya datang lebih awal dari kami!
siap susun barang jam 7.15 pagi!
Takpela ...panas pun panas la janji dapat meniaga ye dak hehe 😂
Sebelum jam 8 pagi, parking depan dah penuh dengan kereta so yang datang lambat kena masuk kat parking tengah dan belakang. Minggu sebelumnya kami datang beli barang je, memang penuh meriah orang walaupun panas terik mencengkam.
So, kalau korang berhajat nak mai meniaga disini konsep dia kena mai awal lagi dari jam 6.30 pagi. Kalau mampu ..dipersilakan hahaha!
time ni pukul 8.23pagi, matahari nak muncul
dan semakin memanas!
time ni pukul 9.40pagi, pejam mata sambil berjalan hehe
panas macam mana pun ..shopping tetap diutamakan haha!
pinggan mangkuk lama
Dekat 2-3 kali juga kami jenjalan 'cuci mata' haritu. Bukan sebab nak membeli barang sangat, tapi sebab tak tahan terik panas matahari yang semakin membahang saat jam menghampiri jam 10 pagi.
Pak Jelan melayan pelanggan
dua beradik berlindung dibawah payung.
Suh masuk dalam kereta takmo plak dia!
Alhamdulillah ...panas terik pun orang ramai masih setia berkunjung ke tapak carboot untuk melihat barang-barang menarik yang dijual. Terima kasih pada anak-anak ibu yang tak tidur start lepas subuh sampai tengahari kerana nak tolong ibu ayah meniaga.
Susah sama susah ...senang sama senang😍