Assalamualaikum!
Ada masa ilham tu datang tak kena masa dan tempat! Time kita menyapu, mengelap tingkap , mop lantai time tu la keywords 'terbang' keluar masuk dari kepala otak ni. Time berehat lunjur kaki duduk depan tv sambil ngunyah maruku tak ingin pulak ko datang ye idea!
Bila idea ada, pemalas pulak jadinya ... hahaha, bila malas mula la blog pun sendu je rasa. Gambar berlambak bersepah dalam henpon buat 'jeruk', pas seminggu baru terhegeh bawa keluar letak dalam entri heeeee.
Mana tak eksaited kawan tu? Dapat kain pasang Pucci rupanya! Patutlah dia beria suruh Pak Jelan bawakan baju kurung contoh bagi kat cikgu dia, rupanya sebab nak buatkan baju kurung sedondon untuk hari bersejarah ni. Kami tak dapat lagi baju kain Pucci, kakak dapat dulu dah hehehe.
Oh, time ni kakak dok berkompang kat barisan depan sekali beakang kain rentang, tapi ibu tak sempat pulak nak snap gambar awak main kompang. Kemain menunduk dia takmo kita ambil gambar dia pukul kompang ...malu le tu hehe.
Dan kerana Hazwani juga, ibu belajar ilmu baru lilit shawl malam sebelum hari sambutan. Sebabkan Wani nak pakai shawl gaya macam Elfira Loy, Wani suruh ibu google je cara-cara pakai kat Youtube! Maka gigihla seorang ibu bernama Hanim menggoogle di Youtube dan setelah beberapa kali percubaan ...yeaaaa berjaya pakaikan kat Wani! hahaha.
Tapi, aku berani pakaikan kat anak je la. Aku nak gayakan sendiri dan kemudian keluar rumah memang tidak la jawabnya hahaha. Muka lonjong tak sesuai nak buat shawl gaya cenggitu. Syukurlah aku boleh lilit shawl gaya basic punye hahaha!

Mira temankan ibu dalam dewan, sementara ayah
temankan kakak di luar
Ok, back to business! Anak-anak bila dah bersekolah rendah, ibubapa akan jadi sama sibuk ngan anak-anak. Hari Sabtu bukan hari untuk beristirehat lagi dah! Ada je aktiviti kat sekolah diaorang ni. Dah la jarak rumah ke sekolah 15 km! 😥
Tapi sebagai ibubapa, kita kena support apapun jua aktiviti anak-anak dan biarkan mereka terlibat dengan program keagamaan seperti ini. Akisahnya, minggu lepas kakak terlibat dengan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul di sekolah dan masjid di sekitarnya. Bukan main eksaited dia dapat masuk perarakan tu, tapi rupanya dia terlebih eksaited lagi sebab dapat sepasang baju baru dari cikgu 😂
Takmo cerita banyak ...jom kita layan gambar perarakan dari murid-murid sekolah yang mengambil bahagian pada hari tu. Ada 8 buah sekolah rendah yang join dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul kali ni. Tu yang kakak eksaited join tu, bukan ape ... sebab dia jadi tukang ketuk kompang aritu! 😋
kontinjen dari sekolah kakak
Gambar ihsan dari henpon parents lain.
Kakak pakai shawl style Elfira Loy 😂
kontinjen sekolah kakak pakai kain baju kurung Pucci tuuuuu!
Shawl oren sponsored by sekolah 😉
Mana tak eksaited kawan tu? Dapat kain pasang Pucci rupanya! Patutlah dia beria suruh Pak Jelan bawakan baju kurung contoh bagi kat cikgu dia, rupanya sebab nak buatkan baju kurung sedondon untuk hari bersejarah ni. Kami tak dapat lagi baju kain Pucci, kakak dapat dulu dah hehehe.
Oh, time ni kakak dok berkompang kat barisan depan sekali beakang kain rentang, tapi ibu tak sempat pulak nak snap gambar awak main kompang. Kemain menunduk dia takmo kita ambil gambar dia pukul kompang ...malu le tu hehe.
Lepas habis perarakan, masuk dewan dan duduk diam sementara
tunggu pengacara majlis 😊
kumpulan marhaban pun ada yang join sama.
Persembahan nasyid dari kumpulan UNIC
Tak sangka pulak ada artis buat persembahan aritu. Aku kot yang tak perasan iklan kat banner luar masjid tu hehe. Pandai betul kumpulan UNIC ni buat lawak, tapi lagu diaorang pun sedap-sedap tambah lagu dhuha dan lagu zikir tu 😊.
Lepas tu ada ceramah dari Ustaz Zulkarnain Hamzah, alaa yang selalu nyanyi lagu zikir kat radio-radio tu. Selain suara arwah ustaz Asri (Rabbani), suara ustaz Zulkarnain ni best juga tau. Tapi tu la ... gambar beliau pun aku tak sempat ambil, sebab bateri henpon matiiiiii 😥!
Kakak main kompang atas pentas. Why so serious anakku? 😂
Tapi mujur ada gambar ihsan dari cikgu sekolah dia hehe. Gambar ustaz Zulkarnain pun nampak pipi je...hehe jadik leeeee!
Saat yang dinantikan oleh semua yang hadir pada hari tu. Penyampaian hadiah untuk sepanduk tercantik dan perarakan tercantik. Dan sekolah kakak menang tempat ke-3 untuk kategori perarakan tercantik. Sekaligus membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai RM500. Alhamdulillah ...tahniah untuk cikgu-cikgu dan anak murid yang terlibat! 😍
Menang tempat ke-3 perarakan terbaik
Wajah-wajah gumbira lepas menang hadiah.
kak long dan kak ngah 😁
Dan kerana Hazwani juga, ibu belajar ilmu baru lilit shawl malam sebelum hari sambutan. Sebabkan Wani nak pakai shawl gaya macam Elfira Loy, Wani suruh ibu google je cara-cara pakai kat Youtube! Maka gigihla seorang ibu bernama Hanim menggoogle di Youtube dan setelah beberapa kali percubaan ...yeaaaa berjaya pakaikan kat Wani! hahaha.
Tapi, aku berani pakaikan kat anak je la. Aku nak gayakan sendiri dan kemudian keluar rumah memang tidak la jawabnya hahaha. Muka lonjong tak sesuai nak buat shawl gaya cenggitu. Syukurlah aku boleh lilit shawl gaya basic punye hahaha!
Gambar ihsan lagi ... haha!
Didikan dari awal lagi terbaik
ReplyDeleteAlalalla comel2 la hai budak2 sekolah rendah ni...
ReplyDeleteAmboi..bukan main nak lilit2 macam elfira loy..kalau akak mmg sampai ke sudah x reti aih..
ReplyDelete