Assalamualaikum!
Hoverboard memang trendy di kalangan kanak-kanak dan remaja sekarang ni. Aku pernah cuba naik sekali, syok tapi payah gila nak seimbangkan badan dan 'pandu' hoverboard tu tanpa pegang apa-apa!
Tapi kalau cuba hoverseat, senang sikit nak main dan kawal sebab kita boleh duduk dan tangan kita yang 'pandu' macam pandu kereta gitu hehe.
Beberapa minggu lepas, kami bawa Wani dan Mira main hoverseat di Petaling Jaya. Setakat ni, hanya di P.J je yang aku nampak ada sediakan hoverseat ni untuk pengunjung. Kalau korang biasa dengan kawasan P.J, korang akan dapati ada Flea Market (pasar lambak) setiap hari Sabtu & Ahad di belakang lorong Speedmart.
Berbanding dengan hoverboard, hoverseat ni lebih mudah nak bawa. Hoverboard kena berdiri dan pandai seimbangkan kaki diatasnya. Hoverseat boleh duduk dan kaki hanya melunjur kedepan dan tangan yang mengawal kelajuan atau brake dengan memegang stick.
Nampak senang nak main dia kan? Yang aku tengok senang la, tapi memula tu memang 'terbabas' jugak la diaorang mengemudi benda alah ni hehe.
Bayaran dia? agak mahal sikit bagi aku, RM10 untuk setengah jam. Memang tak puas dua beradik tu main kalau setakat setengah jam hehe. Tu sebab tak boleh dilayankan sangat benda ni selalu huhu. Tapi tengok diaorang seronok sakan main hoverseat ni, kita jadi seronok pulak😁
Sejak kenal hoverseat, sejak itu roller-blade dipandang sepi haha. Kalau datang ke P.J, hoverseat ni yang diaorang cari dulu! Senang nak main katanya, senang nak kawal berbanding roller-blade 😎

best tengok dua bradik ni main kak.. dkna tunggu lepas bersalin nanti la nak cari kot ada sekitar putrajaya
ReplyDeleteseronok budak-budak ni
ReplyDelete