Assalamualaikum!
Teringin nak ada payung meniaga sendiri! Dilema setiap kali meniaga panas terik matahari pasti menerjah ke muka dan badan kami haha. Tengok orang lain redup je duduk bawah payung kan, selesa gituuuu!
So, kami pun pasang angan-angan la nak ada payung meniaga sendiri. Nak beli bajet pulak takda, so kita D.I.Y kan aje payung pantai jadi payung meniaga ye hehe. Walaupun idea D.I.Y ni bukanlah yang dirancang pada mulanya tapi dengan idea geliga dari cik abgku telah membuahkan hasil yang mantop dan menjimatkan!
Bahan-bahan :
- Payung pantai (kami beli RM40 di Jalan-jalan Japan, Subang Jaya)
- Paip PVC (panjang 1 kaki)
- Simen
- Tin biskut (sendirian berhad)
Cara Membuat :
1. Bancuh simen dengan air di dalam tin biskut yang kosong dan telah dibersihkan
2. Pacakkan paip PVC di tengah-tengah simen dalam tin biskut tadi. Biarkan simen kering dan mengeras
3. Buat lubang pada penutup tin biskut. Ukur diameter ikut paip PVC
4. Tutup tin biskut tadi dengan penutup (seperti dalam gambar di bawah)
5. Bila simen dah betul-betul mengeras dan kering, masukkan batang payung tadi ke dalam paip PVC
Dah siap!
Simple tapi meredupkan 😍
Kami dah ada payung! hehe
Alhamdulillah syukur menjadi juga payung meniaga kami! Kredit dan pujian diberikan pada cik abgku sebab dia punya idea, dia gi beli bahan dan dia buat dari awal sampai akhir. Bila dah siap, bolehlah kami bawa meniaga dan minggu lepas kami test kat Kota Damansara.
Syukur sukses!😊
wah...betul2 menjadi ni anim..jimat kos kan..
ReplyDeletealhamdulillah jimat sikit hehe
Deletesangat rajin dan creatif
ReplyDeletedemi penjimatan berganda haha
Deletepayung meniaga biasa dalam rm80-90 gak. Yang ni tk sampai rm70 pun modalnya hehe
ReplyDeletejimat!..
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteWahhh, bagus jugaq idea ni utk org meniaga kan.. Jimat pon jimat :)
ReplyDeleteaah alhamdulillah jimat :)
DeleteBetul2 kreatif..hehehe...payung niaga arwah mak mertua terbiar je ni..setakat ni simpan jela..tak tau nak buat ape..
ReplyDeletepayung yg mcm mana tu nad? payung satu kaki ke 4 kaki?
DeleteKreatif dan jimat duit
ReplyDelete