Assalamualaikum!
Selama ni, tentu kita pernah terfikirkan macam mana kita nak qadha solat yang kita tertinggal atau sengaja tinggalkan dulu? Ada tak mekanisme khusus yang boleh kita jadikan sebagai rujukan untuk memudahkan kita mengqadha solat kita?
Alhamdulillah, aku terjumpa info ni di FB dan sekarang aku kongsikan di blog mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dan kebaikan darinya.
kredit : JAWI
CARA NAK GUNA JADUAL QADHA SOLAT
Seperti yang korang lihat, jadual qadha solat diatas untuk sebulan lengkap dengan bulan dan tahun. Contohnya, kalau dulu umur korang 20 tahun korang ada sengaja/tak sengaja tinggal solat tapi korang tak qadha lagi. Maka, korang boleh print jadual ni 12 helai. Setiap 1 helai untuk 1 bulan punya qadha.
Setiap kali lepas qadha solat, korang tandakan pada jadual ni mengikut waktu solat yang diqadha. Qadha solat pula boleh dilakukan pada bila-bila masa dan berturut-turut tetapi tidaklah sehingga kita mengabaikan keperluan duniawi. Means, kena seimbangkan antara dunia dan ibadah
Aku juga dimaklumkan bahawa kalau boleh qadha solat ikut tertib. Mula dengan Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak kemudian ulang Subuh semula. Maknanya, korang dapat qadha' penuh solat 5 waktu tadi, takda la qadha satu waktu je. Kalau ditakdirkan mati tengah jalan, takda la rugi solat lain yang tak diqadha lagi ...wallahualam.
PERLU ATAU TIDAK QADHA SOLAT YANG DITINGGALKAN?
Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solat untuk mengingatiKu - (Hadis Sahih Muslim)
Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga)- (Hadis Sahih Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya, “Hutang kepada Allah terlebih utama untuk dijelaskan.” (Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)
Perkara tentang qadha solat ini telah pun mendapat ijma' pendapat mazhab imam yang empat yakni, Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi. Maka, kita juga perlu berpegang bahawa perlu qadha solat yang tertinggal.
Selain 4 imam mazhab, beberapa ulama lain seperti Imam Ibn Rushd Rahimullah, al-Imam al-Qurthubi Rahimahullah, Imam al-Nawawi Rahimahullah juga memberikan hujah dan pandangan bahawa orang yang meninggalkan solat wajib ke atas mereka qadha. Rujukannya korang boleh lihat di SINI.
Semoga dengan sedikit perkongsian ini, kita semua dapat memperbaiki solat fardhu dan seterusnya memudahkan urusan kita untuk mengqadha solat yang telah lalu.
terima kasih atas perkongsian anim...banyak ni nak kena qadha...
ReplyDeleteTerima kasih share, bagus method ni :)
ReplyDelete