Breaking

Monday, March 06, 2017

Hanya yang pernah melaluinya saja yang faham!


Assalamualaikum!


Ya ... hanya mereka yang pernah melalui situasi sebegini saja yang faham keperitan orang lain! Kenapa aku cakap begitu? sebab kami juga pernah mengalami benda yang sama seperti mereka. Dan bila kita berada dalam situasi sebegini, memang tak ramai yang sedia menghulurkan bantuan disaat kita memerlukan ...

Barangkali juga, ada yang lebih selesa mendapatkan bantuan dari kenalan atau pomen berbanding orang yang tidak dikenali. Aku faham ketakutan itu, apatah lagi bila kita berseorangan tanpa teman dengan kereta tersadai di tepi laluan kecemasan.




Tapi di hati ni terdetik juga untuk bertanyakan apakah masalahnya. Paling tidak pun, kita nak tahu apakah bantuan yang diperlukan akan sampai dalam masa terdekat dan apa yang boleh dibantu sementara bantuan sampai. Tak sampai hati pulak kalau tak berhenti sekejap, lagi pulak dia drive sengsorang!

Di laluan paling sibuk pada waktu petang menjelang maghrib, dalam perjalanan ke KL kami terserempak dengan sebuah kereta rosak di laluan kecemasan. Pak Jelan tak boleh tengok benda macam ni, mesti dia tertanya apala yang rosaknye tu. Ye la ... kami pernah duduk dalam situasi ni ... kami tahu memang susah nak dapatkan bantuan dari pengguna jalanraya. Dah la dekat nak maghrib ...kereta rosak pulak. Aduhaiiii .... 




Bila kita offer untuk beri bantuan, kadang-kadang bukan semua orang suka. Ada yang cakap, "takpa takpa, saya dah call husband saya ..." Ok la kalau macam tu. Macam aku cakap tadi, tak semua orang selesa bila orang yang tak dikenali nak beri bantuan. Ada risiko jugak kena tipu ...bukan tak pernah terjadi kan! 

Tapi, muka kami bukan muka penipu 😂😂 Kita faham sangat tekanan pemandu bila keretanya rosak di tengah jalan. Dengan keadaan hari nak gelap lagi ... pada siapa nak minta bantuan? Memang serabut nak fikir benda tu semua pada masa tu ....

Lagi satu kan, kalau kereta korang rosak di tengah jalan benda pertama yang korang kena buat dulu ialah keluar dari kereta dan bukak bonet belakang dan depan. Ini adalah untuk bagitau pada pengguna jalanraya lain bahawa kereta korang rosak.

So, dipendekkan cerita ... kereta akak ni rupanya air radiator dia kering! Dan dia dah call adik dia suh bawa air. Dalam pada tu, kami tuang juga air dari botol yang kami ada. Akak ni dah la sorang-sorang dan nak balik ke Pandan Jaya. Waktu aku tegur nak tanya kenapa, dia tengah bercakap dengan adik dia dalam phone. Tapi mujurlah, dia tak 'halau' kami ...😂😂

Lebih kurang 10 minit, adik dia pun sampai dengan bekalan air. Dan kami pun mohon diri untuk pulang. Tersenyum lega akak tu sambil salam dan ucap terima kasih. 

P/S : Teringat waktu tayar motor pancit depan sekolah Kuen Cheng, Jalan Syed Putra dan kami terpaksa berjalan kaki dari sana sampai stesen minyak Esso (sekarang Petron) depan MidValley. 

9 comments:

  1. betul tu...cuma yang mengalami akan memahami

    ReplyDelete
  2. Sebab itu antara sebab saya tidak berani memandu jauh. Suka sangat memikirkan kemungkinan yang terjadi di jalan raya tanpa se hero di sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tapi bila terpaksa memandu jauh takda pilihan, maka kita kena bersedia dengan sebarang kemungkinan

      Delete
  3. betul tu,faham sgt sebab dah beberapa kali kena,sensorang pulak tu.kena lak cam cik sue bujang2 dulu drive sorang2 balik pahang yang beratus kilometer,penah keta rosak tgh jalan,berair mata gak tgh hiway huhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiway?? adududu ... memang boleh menangis kalau kena macam tu. Yang kena di jalan sibuk pun orang pandang je, kat lebuhraya lagi laaaa .... huhu

      Delete
  4. Betul tu... diorg just mm berhati2 jeal

    ReplyDelete
  5. busyra pernah alami... huhu. ya Allah kereta rosak mmg menakutkan.. naisb la masa jd tu dh nk dekat dh dgn rumah.

    ReplyDelete
  6. betul kak.. dkna selalu tengok kereta atau motor tersasai tepi jalan.. pastu omong sorang-sorang..kesiannya..tak ada orang tolong ke? ermmm ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.