Breaking

Monday, March 27, 2017

Menarik Sungguh Little Vive Green Market @ The Parenthood, Sunway Pyramid


Assalamualaikum!


Penghujung cuti sekolah baru-baru ni, banyak aktiviti santai dan menarik untuk seisi keluarga berlangsung di The Parenthood, Sunway Pyramid. Antara yang menarik ialah Little Vive Green Market yang telah berlangsung selama 2 hari bermula 25 Mac hingga 26 Mac yang lalu.

Kebetulan hari lahir kakak dan adik pula jatuh pada minggu cuti sekolah, so memang langkah kanan la bila dijemput ke sana hehe. Sambil anak-anak bermain dalam Playland, ibu boleh tengok-tengok barangan tempatan yang dijual di Little Vive Green Market ni. 




Little Vive Green Market, The Parenthood

Apa sebenarnya Little Vive Green Market ni? Ok, Little Vive Green Market ni dianjurkan oleh The Parenthood dengan tujuan untuk mengumpulkan jenama produk tempatan di bawah satu bumbung samada berbentuk makanan, tanaman, produk kesihatan, kraftangan dan lain-lain.

Menariknya, kesemua produk yang ada disini adalah organik, mesra alam dan paling penting BUATAN MALAYSIA!

Ada pelbagai jenis produk yang boleh kita temui di Little Vive Green Market ni tau. Kalau nak tahu apa dia, jom kita jalan-jalan 'cuci mata' 😉



Ok, Chilli Garlic ni paling aku rekomen untuk korang cuba. Rasa dia macam Sambal Hebi tapi yang ni lebih sikit bawang putih. Tak berapa pedas just nice untuk kanak-kanak 8 tahun ke atas. Sesuai sangat makan dengan nasi panas atau buat nasi goreng atau sambal nasi lemak...fuh!




Mereka juga ada menjual madu lebah dan sos makanan. Yang korang tengok berwarna-warni tu adalah pasta tau. Sebenarnya tu veggie pasta yang sihat bebas bahan pengawet dan pewarna. Yang berwarna-warni tu mereka gunakan coloring dari sayur-sayuran tu sendiri, so nak bagi anak-anak makan takda masalah sangat! Bukan saja cantik dipandang, tapi sihat untuk dimakan.



Coklat! Ahaaa ... peminat coklat tegar juga boleh dapatkan coklat bar di Little Vive Green Market ni. Apa perbezaan coklat disini dengan coklat bar di luar ye? Haaa coklat bar ni mengandungi hanya 3 bahan utama iaitu cocoa mass, cocoa butter dan organic sugar. Segalanya dari bahan semulajadi dan tiada bahan gluten atau susu atau bahan pengawet. 

Rasanya? rasanya tetap sedap dan manis ...tapi menyihatkan!




Kita ni asyik prihatin tentang makanan yang sihat je, tapi pernah terfikir tak peralatan makanan seperti sudu, garfu, pinggan atau cutting-board yang kita gunakan setiap hari tu bersih ke atau dalam diam kita membenarkan bakteria sedang membiak dengan jayanya? 

Haaa di Little Green Vive Market ni mereka menjual produk kitchen-ware yang 100% adalah dari bahan semulajadi, lebih tepat lagi dari sekam padi dan kanji tumbuhan!

Bayangkanlah sekam padi pun boleh beri manfaat dalam kehidupan kita tau! Produk dari Husklife Malaysia ni boleh bertahan sehingga 3-5 tahun dan bersifat antibakteria. So, sisa makanan kita tu takda la melekat dan meninggalkan kesan kekuningan pada pinggan atau mangkuk. Ianya juga bersifat non-toxic, BPA Free dan tahan lasak.

Haa tu baru sikit je aku tunjuk tu. Nak tengok apa lagi yang best ada kat Little Vive Green Market, The Parenthood ni? Jom terjah bawah!














Best kan! Dari makanan, produk kesihatan, kraftangan dan cenderahati, kemasan dan barang kemas untuk wanita, hiasan yang dibuat sendiri dan banyak lagi produk tempatan kita yang boleh dibanggakan ada kat sini! 

Walaupun Little Green Vive Market telah berakhir semalam, korang masih boleh dapat semua produk di atas di Be Bold Outlet di The Parenthood, Sunway Pyramid atau beli secara online dari pembekal-pembekal produk masing-masing.  Info selanjutnya di :

Facebook : Vive Green Market
Instagram : @vivagreenmarket
Lokasi : The Parenthood,
1st Floor, Sunway Pyramid West
(masuk dari PADINI)
10AM-8PM


3 comments:

  1. Banyak barang organik dekat sini. Paling suka tanaman pokok2 kecik tu. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Huh macam2 ada.. Menarik betul. Puas anim cuci mata kan. Dapat banyak hasil tak.?

    ReplyDelete
  3. wuuu menarik, boleh singgah nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.