Breaking

Thursday, March 30, 2017

Minggu gaji di CBS Kota Damansara!


Assalamualaikum!

Tiga minggu aku tak mai sini, terubat juga rindu minggu lepas! Dua minggu sebelum tu sebab kakak dan adik ada ujian, lepas tu minggu berikutnya sebab nak siapkan tempahan simpul kasih. So aku kena stenbai di rumah dan Pak Jelan sorang je gi meniaga sini. Tapi minggu lepas macam free sikit, so bila Pak Jelan ajak  ... tak banyak bunyi, jommmm kita serbu!

Memandangkan ini minggu gaji, so kami kebiasaannya akan ramailah yang berkunjung ke sini untuk tengok-tengok dan beli kalau berkenan. Yang pasti, setiap minggu alhamdulillah ramai pengunjung tak kira dari sini atau dari luar yang akan memeriahkan carbootsale Kota Damansara!





Alhamdulillah cuaca pada hari tu sangat sangat sangat baik dan panas! hehe. Dan lagi satu kan, minggu lepas tapak parking lambat penuh tidak seperti minggu sebelumnya. Dalam kul 5 lebih bahagian depan je penuh, bahagian tengah dan belakang masih boleh masuk. Sebelum ni, kul 4 pagi hampir semua tapak penuh!

Tu belum masuk lagi parking yang ada kereta rosak. Kereta-kereta yang ditinggalkan inilah yang menjadi masalah kepada peniaga untuk membawa masuk kereta mereka. Terpaksa usung barang niaga sambil jalan kaki masuk ke tapak. Kalau dekat takpela jugak, kalau jauh? Tu belum kira yang bawa anak-anak lagi kan. 



Sempena minggu gaji, aku dan Pak Jelan bercadang amik 2 tapak. Neves jugak memandangkan ini kali pertama kami amik 2 tapak. Tapi sebab barang niaga pun banyak dan satu tapak tak cukup nak sumbat semua kan heee. Oh, kat CBS Kota Damansara satu tapak berharga RM20, admin akan datang kutip dalam kul 8-9 pagi macam tu.


Macam-macam barang ada!

Macam-macam beg ada!

Beg-beg adalah produk terbaru yang kami bawa ke carbootsale kali ni. Alhamdulillah, walaupun dijual dengan harga murah dan berpatutan yang penting kondisinya tip top. Disebabkan sambutan sungguh menggalakkan minggu lepas, minggu ni Pak Jelan akan bawa lagi koleksi beg ke carbootsale.

Seperti biasa jom kita tinjau suasana perniagaan carboot oleh rakan-rakan niaga yang lain. Walaupun cuaca terik tapi pengunjung tetap setia 'cuci mata' dan membeli barang disini.

















Aku sekali je pusing tengok-tengok barang, sebab tak tahan panas terik ...maklumla puteri lilin kan kihkihkih! tapi kakak dan adik dok repeat 3-4 kali mencari barang yang berkenan dihati. 



Bila dah dapat yang dicari, baru da boleh duduk diam. Selagi tak dapat, dia akan 'nyanyi' kat telinga kita suruh teman dia gi cari barang. Tapi Mira je la yang banyak memborong, kakak jugak yang sampai ke sudah tak berjumpa yang berkenan di hati. Akhirnya dia belikan kerongsang bunga matahari untuk aku hehe. 

Oh, minggu lepas juga ada sedikit kekecohan berlaku di sini. Ada peniaga warga asing yang dikesan turut berniaga di CBS ni. Mujur admin sangat tegas dan menyuruh warga asing tersebut beredar bersama barang niaga. Ini bukan soal boleh bayar duit tapak atau tidak, tapi tujuan CBS ini diadakan antaranya adalah sebagai platform untuk membantu peniaga-peniaga tempatan kecil warganegara Malaysia untuk mencari rezeki dengan hasil jualan masing-masing. Aku tengok ada juga peniaga berbangsa Cina meniaga disini setiap minggu dan tiada masalah. Tapi bila ada warga asing yang cuba mengambil kesempatan, maka kena ambil tindakan la kan. 

Asalkan ikut syarat dan patuhi peraturan CBS, insyaAllah meniaga begini akan jadi seronok! Kalau nak tahu macam mana nak meniaga carbootsale, boleh terjah 10 Tips Meniaga Carboot Sale

4 comments:

  1. seronoknya berniaga bila ramai orang kan anim...macam² ada dijual
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kak, dapat tengok macam-macam barang diaorang jual dan ada yang rare dan bernilai

      Delete
  2. InsyaAllah sumanya akan dipermudahkan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.