Breaking

Monday, March 20, 2017

Petua Daun Semambu Untuk Campak Halus


Assalamualaikum!


Seminggu yang lepas Mira diserang campak halus! Bintik-bintik merah dalam tekak dan rasa sakit bila nak telan tu rupanya pencetus kepada serangan campak halus. Ingatkan sebab dia tekak dia melecet, kita pun suruh lah dia minum air masak banyak-banyak. Rupa-rupanya 'benda' lain nak datang ye huhu.

Esoknya, naik ruam merah satu badan! Assudoh ...anak ibu kena demam campak halus ni. Pergi klinik, doktor juga mengesahkan. Mujur juga dia tak demam. Tapi doktor beri cuti seminggu berserta ubat demam dan krim untuk gatal badan. 



Demam campak halus berjangkit tak?

Kita semua maklum bahawa demam cacar air @ Chicken Pox berjangkit dan perlu dikuarantin sehingga ia betul-betul sembuh. Tapi adakah demam campak halus juga berjangkit?

Campak halus juga boleh berjangkit melalui sebaran bersin dan batuk

Pantang Larang Demam Campak Halus 

Pantang larang bagi demam campak halus ni lebih kurang sama pantangnya dengan pantang larang Chicken Pox. Antaranya :

  • Elakkan makanan bergoreng dan berminyak
  • Elakkan dari terkena hujan
  • Jika mengalami sakit tekak dan susah untuk menelan, sediakan makanan lembut seperti bubur dan sup atau rebusan
  • Mandi tak perlu sabun badan
  • Elakkan dari memakan makanan yang menyebabkan kegatalan seperti telur ayam, daging, ikan (jenis tertentu)
  • Minum air kelapa sebiji setiap hari (jika boleh)
  • Gunakan daun semambu/mambu untuk melegakan kegatalan dibadan

Daun Semambu Untuk Campak Halus

Satu benda yang kena jaga bila kena campak halus ni ialah naik ruam dan gatal-gatal satu badan! Sebab tu untuk mengelakkan dari menggaru terutama untuk anak kecil yang tak tahan gatal, dinasihatkan guna petua daun semambu. InsyaAllah rasa nak menggaru lepas tu akan berkurangan dan budak pun rasa selesa.


daun semambu


Tak susah nak cari daun semambu. Samada orang tanam atau boleh petik yang tumbuh meliar. Ambik satu cekak macam tu, cuci bersih dan lurutkan daun dari tangkainya.

Pastu blend dengan sedikit air sehingga lumat halus. Ada cara lain kalau nak guna, iaitu letakkan daun semambu ni sebagai alas untuk anak kita tidur. Tapi disebabkan Mira dok merengek tak tahan sangat menggaru, maka lebih baik aku sapu terus pada badannya dengan bedak sejuk sekali.




Campurkan bedak sejuk dalam daun semambu yang telah diblend lumat. Pastu kacau kasi rata dan lumurkan pada seluruh badan.




Perlu ingatkan anak jangan garu dengan kuku. Sebab bila sapu daun semambu dan bedak sejuk ni pada tempat yang digaru, ia akan rasa pedih akibat dari cakaran kuku. So, mak mak kena pastikan anak tak menggaru, kalau tak tahan sangat gatalnya garu ngan jari je la ye.

Lakukan petua ini 2 kali sehari, pagi dan malam untuk melegakan kegatalan dan ruam pun akan surut. Di samping tu, kena bagi diaorang minum air kepala juga ye kalau boleh sehari sekali pun ok dah. Cuma Mira dapat minum air kelapa sehari je huhu ... sebab tak sedap katanya 😠

Alhamdulillah Mira semakin pulih dari campak halus. Kalau ikutkan tempohnya, dalam seminggu je dah ok. Tinggal gatal-gatal sikit je namun tak melarat atau teruk seperti mula-mula dulu. Cuma kena sentiasa pantau suhu badan agar tak demam dan kena jaga makan, insyaAllah...

3 comments:

  1. alahai..kesian dia kena campak..daun semambu ni akak tak tau pulak boleh hilangkan campak halus..lepas ni kalau family kena,nak guna petua ni

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. moga cpt sembuh ye anak kak:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.