Breaking

Wednesday, March 29, 2017

Sanah Helwah My Precious Pearls!


Assalamualaikum!


I can never forget this date my entire life! Sebab tarikh 23 Mac adalah titik permulaan kehidupan untuk kedua-dua puteriku tersayang. Kebetulan pula tarikh yang sama dengan World Meteorological Day dan birthday Sultan Johor so, happy happy belated birthday to you too!😉

Tapi beberapa hari sebelum tu, my kenit Mira dah dok bagi bayangan nak suruh kita ingat tarikh birthday dia haha. Kang dia tanya, khamis ni birthday sapa bu? urmm ... birthday sultan johor la. Lagi? urmm .. birthday hari meteorologi la. Lagi? urmmm ... tu je la mana ada dah. Ade lagi laaaa ... birthday kakak adik la! eh mana ada ... birthday awak berdua dah lepas ... tahun depan plak la. Saje nyakat haha!😋


My precious #tilljannah ...amboiii nak jugak letak 
hashtag tu kannn haha 😝



Sambutan sederhana je, tapi ibu amik cuti hari tu khas untuk bersama-sama dengan kakak dan adik. Menjadi juga surprise tak bagitau diaorang yang aku cuti hari tu hehe. Pakat baikkk punya dengan Pak Jelan, my crime partner hehe.

Hadiah? Of course ada hadiah untuk kakak dan adik. Bawa je ke kedai mainan, pandai la diaorang nak 'hidup' dalam tu hehe. Rambang mata nak memilih tapi mata ibu lagi berpinar tengok banyak sangat mainan. So, biarlah ayah diaorang saja yang layan pilih mana yang berkenan.


tapisan terakhir sebelum keputusan
dibuat nak pilih yang mana ...haha!

senyum meleret anak dara dapat anak 
patung. Tahun depan takleh main dah anak 
patung ye 


kakak pilih music box. Hadiah pun dah kearah
keremajaan gitu hehe




Hari tu takda benda yang diaorang nak makan selain KFC! Kek pun dia takmo. Ini tahun pertama diaorang takmo birthday cake tau. KFC ..and that's it! Alahai ... hari-hari lalu gamaknya telio sungguh, tu yang request nak makan hari tu. Ok, anything for my birthday girls ! 

Tahun ni kakak dah umur 10 tahun dan Mira 8 tahun. Cepat betul masa berlalu kan, dah besar anak-anak ibu. Yang sorang semakin pemalu dan ke arah keremajaan gitu. Yang sorang masih lagi boleh dimanja-manja, masih lagi minta tolong ibu ikatkan rambut setiap pagi. 

Moga kamu berdua jadi anak-anak yang solehah dunia akhirat. Hidupmu diberkati Allah dan permudahkan segala urusan. Selalulah ingat ibu dan ayah dalam setiap doa ... aaminn.

We love you ... till jannah!

2 comments:

  1. sannah helwa sayang..dah semakin membesar dah dia...moga jadi anak yang baik ye

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn yarabalalamin ...terima kasih acik :)

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.