Assalamualaikum!
Mesti ramai yang pernah melalui situasi macam ni kat kedai makan kan? Tengah makan ramai-ramai ngan keluarga atau kawan, tetiba kita didatangi oleh seseorang dengan membuat isyarat jari untuk bagitau dia lapar atau perlukan duit untuk makan.
Kalau korang berada dalam situasi macam ni ... apa korang akan buat? Adakah korang akan halau dia? atau bagi dia duit? atau bagi dia makan?
gambar hiasan |
Pernah aku kongsikan pengalaman aku dan Pak Jelan di SINI. Tapi kali ni situasinya berbeza sikit, sebab mereka ni sudah pandai bergerak dari satu kedai ke kedai lain untuk dapatkan duit. Lagi satu, banyak yang aku terserempak adalah warga asing seperti Rohingya. Pandai cakap Melayu (bukan slang Bangla) tapi sekilas air di kolam aku dah tahu mereka ni bukan orang tempatan.
***************************************************************
Situasi 1
Hari tu aku ngan Pak Jelan pergi makan kat satu restoran. Datang seorang perempuan yang agak tua bukan orang tempatan gak (macam arab) namun masih tegap berjalan meminta duit dari pelanggan di meja depan kami.
Aku tanyakan pada Pak Jelan, nak ajak dia makan ke tak since dia tunjuk tangan isyarat nak makan. Kami ni kalau orang susah tunjuk perut tunjuk isyarat lapar, muala la rasa kesian. Duit kami tak bagi, tapi kalau betul nak makan ... insyaAllah.
Rezeki datang ... dia menghampiri kami yang sedang menjamu selera. Sama jugak .. dia tunjuk isyarat perut dan tangan kat mulut. Walaupun aku tak faham apa dia merambu tapi dengar sipi-sipi broken english dia aku tau dia nak duit beli bread (roti).
"Are you hungry? You want to eat?"
Dia angguk sambil tunjuk perut dan tangan kat mulut
"Come..sit and order. Eat here", aku tunjuk meja kosong belakang kami
Dia geleng kepala ... mintak duit sambil tunjuk jari nak pergi kedai roti.
"No..no ... eat here only. You eat here, just order", aku bertegas.
Dia geleng kepala ...nak duit gak. Last-last, aku cakap "Sorry, just eat here only we pay for you, if you want money I can't give it"
Dipendekkan cerita, disebabkan dia nak duit gak maka tak dapat kami beri. Dan waiter restoran tu pun suruh dia beredar since pelanggan offer nak belanja pun dia takmo huhu.
****************************************************************
Situasi 2
Hari tu hari Ahad, kami baru balik dari meniaga di CBS Kota Damansara. Pi bawa anak-anak makan yong tau foo kat sebuah gerai dekat ngan umah. Tengah makan, sorang gadis remaja (Rohingya) datang kat meja kami minta RM2 sebab nak balik Seremban.
Kami terdiam .. dan Pak Jelan mula bertanya, "Seremban ada siapa?"
"Mak ... adik-adik..."
"Ko dah makan? ko nak makan?", tanya Pak Jelan
"Nak ..."
"Gi makan dulu ..", sambil tunjuk isyarat gi beratur kat yong tau foo dan pilihla apa yang dia teringin nak makan.
So, dengan tak rasminya aku la yang escort sekejap budak tu sementara beratur tunggu yong tau foo siap! 😂
Dah siap, aku suruh dia makan dulu. Kami takda fikir apa-apa sebab bila kami tanya nak makan ke tak, dia tak menolak. Sebab itu kami suruh dia order apa dia nak makan.
Lepas kami siap makan, masa untuk balik. Pak Jelan hulurkan duit pada kakak untuk bagi pada budak tu. Makan dapat, duit pun dapat walau tak banyak kami bagi.
Kesimpulannya ... dalam rezeki kami ada hak orang lain. Tapi memberi duit terus bukan jalan penyelesaian yang sebenar. Kalau betul lapar nak makan, insyaAllah kami takda masalah nak belanja. Tapi kalau nak duit terus, memang kami tak amalkan beri macam tu saja. Sebab hakikatnya, ramai sangat yang dah suka menipu termasuk warga asing. Kita juga taknak galakkan diaorang ni bermaharajalela mencari rezeki dengan cara meminta-minta sehingga menjadi kebiasaan dan menjadikan ia jalan mudah untuk cari duit.
Kalau betul lapar, isi perut boleh ... isi poket sorry arrr!

jika utk dirinya mmg tak akan teragak agak nak bagi...namun sangsi jika wang tersebut dapat kepada sindiket...jika sindiket berapa la sgt dpt kepada diri peminta
ReplyDeleteSaya pernah ditegur oleh seorang pakcik kerana memberikan derma ketika diminta di meja makan. rupanya dikawasan tersebut tiada siapa yang memberikan wang ketika dimeja makan sbb sudah diingatkan terlebih awal. kata pakcik tu pada saya salah sekiranya meminta derma ketika orang tengah makan lepastu katanya pada saya banyak pulak saya bagi. sejak peristiwa itu saya tidak lagi memberikan wang ketika di kedai makan. pernah juga yang mengatakan lapar tapi selepas dapat duit tengok2 lauk terus keluar kedai dan bukannya nak makan.
ReplyDeletebetul tu kak. tak apalah macam mana pun, niat kan sedekah je.
ReplyDelete-TheRealBloggerMak