Breaking

Wednesday, April 26, 2017

Central Market selepas 15 tahun



Assalamualaikum!


"Kakak...adik...inilah tempat ibu suka datang masa zaman ibu sekolah menengah dulu .."

"ye ke ... best ke tempat ni bu?"

"besttt ...!"

Ok.. itu bukan dialog sebenar hahaha! Sebenarnya, Pak Jelan tanya kita nak kemana bawa anak-anak jenjalan minggu ni, dan aku jawab ... Central Market! Asyik masuk mall je ... try la masuk sini sekali, berkenalan dengan barangan kraftangan tempatan betoi dak! 😁




Kali terakhir kakiku jejak di sini ialah ketika aku berada di Form 6 tahun 2002. Dah 15 tahun rupanyaaaaa! Kalau tak, dulu kat sinilah tempat aku dan kengkawan sekolah duduk bertenggek sementara nak tunggu bas pergi Perpustakaan Negara hehe.

Tanyalah sapa-sapa pun, dulu kalau orang nak berjumpa mesti akan jadikan Central Market (budak 90an panggil CM) sebagai tempat pertemuan. Kumpul kat mane? ... kumpul kat CM ok!





Apa yang berbeza CM sekarang dengan CM 15 tahun dulu? Banyakkkkk bezanye yop! Aku yang duduk di KL ni pun terpegun melihat kelainan CM sekarang. Niat asal aku memang nak bawa anak-anak tengok barangan kraftangan kat sini, selain bagitau diaorang kalau kita nak cari cenderahati boleh cari kat sini. 

Nak datang CM ni cukup senang! Naik je LRT turun Pasar Seni dan jalan kaki dalam 200m dah sampai! Sebab tu kami pi sana pun tak naik kereta, sebab tak kalut nak cari parking walaupun disediakan. Faham-faham je la ... main ngan kawasan Pudu dan sekitarnya, memang makan 'jem' leeee 😅


ruang bawah

Malay Street

Little India

Strait Chinese

lampu hiasan

beg rotan


pelbagai jenis asam




kedai permainan

Upin Ipin pun hado!




Sabaq suamiku ...sabaq! Jangan mengamuk disini bang

tangga naik ke atas

Lagi satu kan, aku tak tahu pulak kat CM ni tak boleh tangkap gambar. Ada sesetengah kedai yang letak tanda  ❌📷, so kena alert la. Kalau tuan punya kedai tak bagi apakan daya.

CM ni pun bukan setakat jual barangan cenderahati tempatan, tapi dari luar negara pun ada seperti Kashmir, Korea dan Arab.



Dia berkenan pulak dahh dengan beg kucing tu 😀


Bapak segala bapak biawak

tokek pelbagai warna hehe






Puas 'cuci mata' kat sini. Elok pergi waktu pagi sebab orang tak ramai lagi. Tempat ni kalau dah crowded memang payah nak lalu terutama kat lorong dia. Tapi yang bestnya, nak makan minum ada food court kat tingkat atas. Kami sempat makan nasi ayam dan lamb chop dia, boleh tahan sedap. Harganya pun ok la berbanding food court kat Sogo!

Dah datang sini, mustahil la kalau tak membeli kan hehe. Yang mengepau pun cukup handal sebab umpan ayat "kakak guna duit kakak ye buuu", "adik ada lima ringgit, adik guna ye buuu". Dia tahu kita tak sampai hati nak suruh guna duit dia sendiri, maka ayahnya tu pun keluarkan la duit hulur kat anak hehe. 

So, korang kalau nak tengok barangan kraftangan kat KL pergi la CM ni bawa family. InsyaAllah selesa jenjalan kat dalam sebab dah fully air-cond kan. Tempat makan pun dekat cuma di tingkat atas, kat bawah pulak ada Old White Coffee! Tak puas berjalan kat dalam CM, boleh sambung kat gerai-gerai sebelah luarnya pulak. Tu pun dah terasa jet lag nye hehehe...



5 comments:

  1. rasa macam dah lebih 10 tahun tak jejak central market...dulu selalu tengok orang basking

    ReplyDelete
  2. nice place :) boleh support local crafts kan ^^

    ReplyDelete
  3. wahhh, menarik rupanya central market ni, macam pasar kedai payang tapi lagi banyak barang yang berlainan budaya dan negara, sangat menarik!

    akan plan ke sini nanti...hek3

    ReplyDelete
  4. Airah tak pernah pergi central market hahaha sedih gila.kena plan jalan2 sna ni

    ReplyDelete
  5. last pernah gi sini masa belajar cyberjaya dulu setahu, 6 tahun lepas. lama dah tak mari sini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.