Breaking

Wednesday, April 19, 2017

Pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Zon Petaling 2017 | SRAI Dato' Mufti Yusof Sahabuddin


Assalamualaikum!


Anak dara kami yang sulung ni memang aktif masuk program-program di sekolah. Baik sekolah rendah mahupun sekolah agama, mesti terselit satu nama dia dalam pertandingan mewakili sekolah. Bila aku tanya kenapa cikgu/ustazah asyik pilih awak je kakak? Dia jawab sebab suara kakak kuat .... haha yang tu memang tak boleh dinafikan!😋



Pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) ni telah pun berlangsung pada 15hb April 2017 yang lepas dan tahun ini ia diadakan di SRA Integrasi Dato' Mufti Yusof Sahabuddin, Seksyen 7 Shah Alam. Sebanyak 20 buah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) sekitar daerah Petaling telah mengambil bahagian dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Antara kategori yang aku tahu ialah nasyid, solat jenazah, pidato, muhawwarah, kalam jama'ie (betul ke aku eja ni?) dan banyak lagi. Kakak dan kawan-kawan masuk dalam kategori Kalam Jama'ie. Dua minggu gakla dia dok berlatih  di rumah menghafal 'skrip' ustazah dia bagi. Orang tahu Bahasa Arab memang tau la maksud apa dia cakap. Kena kat aku .... melopong je dengar haha!


pertandingan nasyid

Gambar di atas ni je la yang sempat aku tangkap masa baru sampai sana. Video nasyid diaorang boleh tengok kat IG aku ye. Tak pasti la pulak dari sekolah mana adik-adik ni huhu. Tapi yang pasti, time ni kami dah terlepas nak tengok kakak punya slot kalam jamaie 😓. Tak dapat ibu nak rakam video atau tangkap gambar buat kenang-kenangan. Tau-tau je dia ngan kengkawan dah duduk beristirehat kat dalam khemah huhu


suasana dalam khemah



Malam sebelum tu, kakak dok kenen kat aku nak duit belanja dua puluh ringgit! Hishh...nak buat apa banyak-banyak tu??? rupa-rupanya nak 'melabur' kat gerai barang mainan haaa! Kalau minta kat ibu memang takkan dapat dua puluh ringgit, tapi dia pandai ... dia tak dapat kat kite, dia kenen kat ayah dia. Faham-faham je la ayah kalau kena ngan gegurl mesti 'cair' ...dapat sokmo la dia!








Dari pagar dah ternampak gerai char kuey tiow ni, apa lagi ... dengan cargasnya kami menuju tanpa was-was! Perut lapar dah .. panas lit lit pulak tu! Memang nak kena sumbat sesuatu dalam perut ni hehe 😁

Sampai ke petang kami 'berkampung' disini. Tiba saat penyampaian hadiah, guruh di langit berbunyi! 





Yang menariknya kan, ada pertandingan pungutan sampah terbanyak! Hadiahnya berupa hamper .. eh boleh sangat dah tuuuu kan! Lapan buah sekolah termasuk sekolah kakak terpilih sebagai pemenangnya hehe


Tahniah adik-adik!

Tahniah buat adik-adik yang menang dalam kategori masing-masing ye. Yang menang bakal mewakili peringkat daerah pulak pada 22hb April ni kalau tak silap. 


Tahniah kakak!

Tahniah juga ibu ucapkan pada anak ibu, Hazwani. Walaupun belum ada rezeki nak mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam kategori kalam jamaie, tapi usaha kakak dan kawan-kawan sudah cukup membanggakan kami dan sekolah agama. 

Bagi ibu, kakak seorang yang berani. Dari darjah satu lagi ibu ayah kagum dengan keberanian kakak bila berdiri di atas pentas. Tak pernah kakak menolak bila cikgu 'melamar' untuk masuk apa-apa pertandingan mewakili sekolah. Moga lepas ni kakak dan kawan-kawan berusaha lebih lagi untuk perbaiki persembahan. Beruntung kakak awal-awal lagi diberi peluang dan pendedahan sebegini. Ibu dulu ... duduk dalam kelas je tau hukhuk!


Tahniah Mira! 😋


Ni lagi sorang .... tahniah Miraaaaaaa! hahaha .... kerana berjaya tidur sambil duduk tanpa perlu disendal kepala. Kalau dah ngantuk ... mana pun boleh lena ye dak. Thank you temankan ibu sampai petang. Sayang kakak kan ... duduk pun duduk la janji leh lena 😂 


1 comment:

  1. tahniah kakak,alahaii..sayangnya tak dapat nak rakan video tu kan anim...boleh buat kenang-kenangan

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.