Breaking

Tuesday, April 11, 2017

Tapak carbootsale paling happening!


Assalamualaikum!


Setiap minggu inilah tempat kami mencari rezeki. Setiap minggu, disinilah kami dan rakan-rakan lain yang mempunyai minat yang sama berkumpul dan berkenalan seterusnya membina ikatan persahabatan. 

Bukan takmo cuba meniaga kat tapak carboot lain, tapi disini kami serasi. Dari tak kenal sesiapa langsung masa memula join dulu, terus sekarang dah jadi kawan dan kalau berjumpa pasti bertegur dan memberi salam. Hebatnya ukhwah di CBS ni! alhamdulillah ....




Lagi satu, yang bestnya meniaga disini bukan peniaga je kenal kita tapi pelanggan yang repeat datang membeli pun dah saling mengenali. Kadang-kadang aku malu jugak, pelanggan tu dah 2-3 kali datang membeli tapi aku masih tak cam muka dia. Aku kalau bab cam-mengecam orang ni payah sikit, tambah kalau hari tu ramai sangat orang memang payah la nak cam muka satu-satu huhu!

Apapun, minggu lepas jiran kami memang sempoi! Akak yang meniaga sebelah kiri (tak sempat nak bergambar) rupanya jiran kami minggu sebelum tu haha. Tapi disebabkan aku takda sebab pergi tengok sukan anak-anak, maka minggu ni la baru aku dapat berkenalan ngan akak tu.


Dia datang ngan suami dan anak sorang, meniaga barangan rumah seperti pinggan mangkuk, bekas makanan tupperware dan baju-baju. Dia siap bercerita lagi pasal minggu sebelum tu, beli beg dengan Pak Jelan. Seronok benar dia dapat beg Cath Kidston original tu, siap ambil tunjuk kat aku 😋 Syukur alhamdulillah ...dia suka aku lagi suka!



Macam mana meriahnya suasana carbootsale di Kota Damansara, tapak kami juga 'meriah' dengan macam-macam barangan hehe. Habis semua kami sumbat masuk dalam kereta kebal kami, baru puas meniaga dua tapak kan huhu. 
















Kami terfikir juga, mungkinkah sudah tiba masanya untuk kami dapatkan sebiji van khas untuk bawa barang meniaga? Van second-hand pun takpela janji boleh bergerak. Kesian pula tengok kereta kebal hari-hari kena 'kerja' bawa kami ke hulu ke hilir ...tapi itula ... kereta kebal ni satu-satunya pengangkutan yang kami ada untuk bergerak. 

Sakit 'dia' ...sakit jugaklah kami. Takda 'dia' payah la kami nak bergerak ke sana ke mari. Besar sungguh jasa 'dia' dari zaman aku anak dara sampai la sekarang.

Apapun, syukur alhamdulillah dengan rezeki yang diperolehi setakat ini. Syukur dapat diberikan peluang mengenali kawan-kawan disini, sama-sama meniaga dan support perniagaan masing-masing. Bila kita bersatu, insyaAllah ukhwah yang terbina akan jadi lebih bermakna ...wallahualam.

6 comments:

  1. syok tengok anim menjual..lagi syok bila orang banyak membeli kat tempat kita kan..
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Meriahnya.. Saya tak pernah singgah cbs ni. Boleh singgah2 la lepas ni

    ReplyDelete
  3. seronok dpt meniaga mcm tu.teringin betul nk join

    ReplyDelete
  4. moga anim terus sukses.
    ini 1 aktiviti cari rezeki yg sempoi pd aida.

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.