Assalamualaikum!
Alhamdulillah hajat nak meniaga dibulan puasa tertunai jua. Walaupun pada mulanya macam teragak-agak nak teruskan ke tidak dibulan Ramadan ni, tapi syukur Allah permudahkan jalan.
Disebalik cuaca yang agak cerah dan terik disebelah siangnya, kami dan para peniaga lain meniaga macam biasa. Juga takda pulak aku tengok budak lalu lalang sambil minum air sirap hahaha. Alhandulillah..semua behave sangat!
Minggu pertama Ramadan, pastinya ramai orang bandar yang pulang ke kampung halaman kerana nak berbuka bersama keluarga. Tapi, sambutan di cbs Kota Damansara tetap sederhana meriah walaupun terdapat beberapa kekosongan.
Sahur macam mana? kami bersahur dalam kereta je, stenbaikan nasi goreng telur mata dan roti butterscotch untuk anak². Diaorg mana lalu nak makan nak nasi apatah lagi kalau aku letak cili dalam tu ...sanggup diaorg tak makan haha.
Alhamdulillah, cuaca cantik barang cantik harga cantik orang yang datang pun cantik² je perangai dia hehe. Moga minggu ini dipermudahkan juga...insyaAllah
minggu ni meniaga ke kak ?
ReplyDeletemeniaga...tengok next post hehe
DeleteKalau dah minat tak kisah puasa ke tak tetap nak niaga kan kak
ReplyDelete