Assalamualaikum!
Bangkit pagi Sabtu, tak tahu nak buat apa. Niat di hati memang nak bawa anak-anak jenjalan, tapi ke mana? Genting Highlands? Cameron Highlands? Teluk Cempedak, Kuantan? Aikkk....naper semua Pahang je ni?? sebab Pahang negeri kelahiran anak kamiiiiiii hahaha! boleh jawab gitu?😝
Haaa dia kalau kita rancang awal-awal ada kemungkinan tak jadi last minute. Tapi bila tak dirancang, tau-tau je dah sampai sana hehe. Di samping jenjalan tengok barang bundle, dapatla aku merasa lauk popular orang Temerloh yang kurindui iaitu .... ikan patin masak lemak tempoyak!😍
Kalau Pak Jelan outstation, pasti dibawa balik ole-ole ikan patin masak lemak tempoyak untuk aku. Dan disebabkan dalam family, aku sorang je yang boleh hadam ikan patin sampai dalam perut, maka kalau makan memang seketul tu aku yang punya la hohoho 😋
Kenapa aku suka ikan patin masak lemak tempoyak? sebab isi putih dia lembut pastu kena pula ngan kuah lemak tempoyak memang kebabom! Lemak ikan patin tu yang tak menahan ailio tu ... kalau dihisap lemaknya tu....fuhhhh nangkap habis!
Tapiiiiii kalau orang tu pandai masak ikan patin, cukup rasa dan pekat kuahnya memang sedapla tekakku ini menelan. Kalau tak pandai masak, alamatnya berasa seperti pasir la bila masuk dalam mulut. Hanyir dan berbau! sebab tu Pak Jelan bawa kami makan kat bandar ikan patin untuk rasa yang lebih enak dan asli ...chewaahhhh! hehe
Inilah gerai yang kami singgah makan hari tu. Kena pulak time lunch, memang masing-masing tengah lapar kan. Tempat kami makan ni adalah deretan kedai kat tepi Sungai Pahang dam dekat dengan Stesen Bas Temerloh. Kat situ banyak gerai yang boleh kita pilih dan kebanyakannya memang menyediakan juadah ikan patin masak lemak tempoyak.
Memang tempat tumpuan pelancong dan orang tempatan la kiranya ni kan. Tapi Pak Jelan bawa kami makan kat gerai Singgah Sokmo ni. Dah nama pun makan tengahari, so memang berduyun orang memenuhi gerai ni. Sempat jugalah mataku mengerling ke arah kepingan ikan patin yang sedang 'berendam' dalam kuah lemak tempoyak dalam periuk besar! Fuhhh ... teringin gak nak amik gambar tapi kang orang cakap macam jakun je tak pernah tengok ikan patin dalam periuk ke ... hahaha!
Seketul ni aku sorang conquer! Ikan patin ni besar ok ... dikerat kepada 2 bahagian, pilih saja kepala atau ekor. Macam mana aku kenal ngan ikan patin? Walhal dari kecik, family aku pun tak makan ikan ni. Dah pindah Kuantan baru kenal apa itu ikan patin dan macam mana rasa dia.
Sekali makan terus jatuh cinta! Tapi nak masak dia kena betul-betul pandai masak. Kalau tak ... jadi macam aku cerita tadi la ... hanyir dan berbau huhu.
Lauk anak-anak .... nasi dan ayam goreng
Payah betul nak suruh diaorang pilih lauk lain selain ayam goreng. Diaorang bukan tak makan ikan, tapi diaorang pun sama gak macam ayahnya, tak makan ikan patin. Pak Jelan pilih ikan Talapia cicah ngan air asam ...tu pun anak-anak takmo huhu. Makan ayam goreng ngan nasi putih pun dah bahagia bagi diaorang hehe.
Lepas makan, last but not least ...
Dapat la jugak kami bergambar kenangan romantika bersama sebelum balik hehe. Masa ni paras air Sungai Pahang naik dan deras sebab hujan lebat. Sempat juga aku interbiu orang-orang kat situ kenapa air sungai tetiba naik, rupanya diaorang kata kat Temerloh kerap hujan waktu petang sampai malam.
Patutlaaa masa kami nak naik Temerloh, banyak pokok kelapa sawit kat tepi lebuhraya habis ditenggelami air berwarna seakan-akan teh tarik! Banyak gak pokok-pokok di kawasan rendah terjejas dek banjir ... hurmm
Apapun, terima kasih to my abg yang bawa kami jenjalan dan makan di bandar ikan patin. Next time, kita try pi Teluk Cempedak pulak naaa ... tempat kita dating dolu-dolu hehehe.
No comments:
Post a Comment