Assalamualaikum!
Minggu lepas memang kebizian sungguh! Dengan rezeki tempahan roti jala kat opisnya, dengan persiapan untuk meniaga Puspanitanya ... sampai aku tak dapat nak menyentuh langsung simpul kasih!
Tapi mujurlah masih ada barangan lain untuk diniagakan hehe. Ada gak makanan untuk dijual seperti pulut panggang, cupcake dan kuih semperit ambil dari kawan. Kali ni simpul kasih ... produk sendiri tak dapat nak dipersembahkan di jualan puspanita walaupun ramai yang bertanya huhu.
Tiga gambar pertama di atas ni adalah barang yang aku jual pada hari tu. Alhamdulillah, separuh dari beg-beg ni dah terjual. Jubah pun laku 2 helai hari tu. Pulut panggang laku keras hehe dan cupcake pun habis!
Yang menjual pun ramai juga, lebih kurang 5-6 meja. Bila ramai baru meriah sikit kan, baru staf-staf lain ada pilihan untuk memilih dan membeli.
Alhamdulillah ..syukur dengan rezeki jualan pada hari tu. Walaupun ada beberapa insiden yang menyakitkan hati, tapi sakitnya hari tu je la. Memang .... memang dalam perniagaan kena banyak bersabar dengan kerenah pelanggan. Nak pulak pelanggan tu adalah kengkawan sama tempat keje ye tak. Kalau hati tak 'kuat' ... lama dah angkat 'bendera putih'. Tapi kerana minat ku tutup sebelah mata je la ...
Apapun, aku tak sabar nak kembali beraksi hari Ahad ni di tapak biasa. Moga-moga Allah izinkan kami ke sana ... aminnn.
all the best sis.suka baca entry sis berniaga
ReplyDeletetq dear sudi baca :)
Deletesemoga beroleh kejayaan kak
ReplyDeleteaaminnn ...tq dear :)
Delete